logo

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala,

“Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajipan agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak dapat akan dilaksanakan tanpaNya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

 

Semakin lama hari berlalu, semakin hampir kita ke penghujung sesi pentadbiran persatuan. Sehubungan dengan itu, kami mewakili pihak Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) telah berbincang dan membuat keputusan untuk melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2016/2017.

 

Hal ini bertepatan dengan tugas penasihat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PERUBATAN merujuk pada Perkara 5 (b), Fasal 30, Bab Keempat, telah memperuntukkan bahawa; “Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

 

Maka dengan itu, pihak Lembaga Penasihat PCI telah berbincang dan bersepakat untuk melantik saudara Abby Rahman bin Irsal Usnur, mahasiswa perubatan tahun 5 selaku Pengarah JPC 2015 dan saudari Sumayyah Hanoum binti Omar Ariff, mahasiswi pergigian tahun 4 selaku Timbalan Pengarah JPC 2015.

 

Kami berharap agar keputusan yang bakal dibuat oleh pihak JPC Iskandariah kelak akan memberi manfaat kepada seluruh warga PCI. Moga urusan ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt.

 

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”.

MC-55

Ahmad Abid bin Amin,

Ketua Lembaga Penasihat,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :