logo-150x150

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam buat junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat. Semoga kita semua terus beristiqamah di atas jalan perjuangan yang ditinggalkan baginda Nabi SAW.

Pengumuman perlantikan pengarah dan timbalan pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan baru – baru ini menghangatkan kembali bahang pilihanraya bagi memilih saf kepimpinan yang baru sekaligus menandakan fasa pentadbiran kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) sesi 2015/2016 telah pun hampir ke penghujungnya.

Berdasarkan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d): Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Maka, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PCI telah bermesyuarat dan sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan 4 orang AJKT sesi 2015/2016 ke sesi hadapan 2016/2017, iaitu:

DSC06859-3 LUQMAN BIN SUFIAN

DSC06651MOHAMAD SHAHIRUL AIMAN BIN CHE ABD AZIZ

MC-8 NUR LINA IZZATI BINTI RUSLAN

     DSC06461JAMILAH BINTI ABD MALEK

 

Dengan itu, keempat-empat AJKT kekal ini tidak boleh dicalonkan sebagai AJKT di dalam pilihanraya cawangan sesi ini berdasarkan Fasal 27, Perkara 2 (b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat keempat – empat AJKT yang terpilih untuk terus berada di dalam bahtera PCI sebagai nakhoda yang akan menjaga kebajikan semua ahli PCI pada sesi akan datang. Semoga keputusan yang dibuat ini memberi kebaikan kepada ahli PCI dan dipermudahkan serta mendapat rahmat dan keampunan daripada Yang Maha Agung.

 

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“PCI Di Hati Kami”

DSC06453

MUHAMMAD FARIS BIN ZULKIFLI

Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

2015/2016.

DSC06504

 

NUR ZAKIAH BINTI ZAHARI

Timbalan Pengerusi

PERUBATAN Cawangan Iskandariah

2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :