12244182_10205292848143034_2049410209_n

13 November 2015 – Telah berlangsungnya program TAWA (Together Ace With Ayden ) riadah taakhi antara ahli batch Ace dan Ayden anjuran unit sukan dan aktiviti luar dengan kerjasama Biro Sukan & Aktiviti Luar (BSAL) PCI.

Aktiviti yang diadakan adalah sukan futsal bagi ikhwah bertempat di Gelanggang Paediatric dan sukan Bola Beracun bagi akhawat bertempat di Gelanggang Tijarah. Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli batch Ace dan Ayden sekaligus memupuk semangat bersukan dalam kalangan ahli. Selain itu, kesatuan juga dapat dicapai melalui aktiviti sukan di samping mengisi masa cuti dengan perkara berfaedah.

Sukan Futsal bagi pihak ikhwah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Program dihadiri oleh 35 orang ikhwah gabungan ACE dan Ayden. Kudapan ringan beserta air mula diagihkan kepada peserta pada jam 10.30 pagi. Ikhwah dari dua batch telah bergabung dalam satu pasukan futsal.

Riadah taakhi akhawat pula dibuka dengan mutiara kata dari Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, saudari Nur Zakiah binti Zahari, yang turut hadir selaku pelajar tahun 6. Seterusnya, permainan dimulakan dengan perlawanan persahabatan mengikut warna pasukan yang telah ditetapkan. Akhawat dari dua batch bergabung di dalam empat warna kumpulan iaitu ungu, hijau, merah, dan biru.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar, hari yang baik, cuaca yang baik dan sambutan yang sangat memuaskan. InshaAllah , saya lihat semua yang hadir nampak bersemangat untuk menyertai lagi program sebegini pada masa akan datang.” kata Timbalan Pengarah program TAWA, Nur Iman Emalin Binti Basri, Pelajar Tahun 3, Perubatan.

“Objektif merapatkan ukhuwah antara dua batch berjaya dicapai dengan bermediumkan sukan umpama sambil menyelam minum air; sambil beriadah sambil berukhuwah. Mereka yang menunggu giliran di luar padang mengambil peluang untuk bertaaruf di samping bertukar-tukar info yang berguna. Harapan saya,semoga pihak PCI amnya dapat membuka peluang untuk ahli mengadakan lagi program sebegini serta ahli haruslah mengambil peluang yang disediakan semoga ukhuwah yang terjalin tidaklah sekadar dalam kalangan batch sahaja tetapi lebih menyeluruh dalam kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah inshaAllah.” Kata Rizwan Hafiz bin Taib, Pengarah program TAWA, pelajar Tahun 6, Perubatan.

Majlis berakhir dgn sesi bergambar serta penutupan majlis. Peserta- peserta yang terlibat dengan program riadah taakhi ini berharap agar ia dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

12243796_10205292847983030_1066285674_n

 

Disediakan oleh:

Unit liputan,

Biro Penerbitan & Penerangan

2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :