12208312_10153299507298741_8529195661553627949_n

Iskandariah, November 13- telah berlangsung program Spot the Outskirt Unite The League SOUL 4.0 bertempat di Azarita. Program ini diadakan bagi mengumpulkan mahasiswa/wi yang menetap di Azarita di samping membina semangat kejiranan dalam diri para mahasiswa.

Program ini bermula pada jam 1 petang dan berakhir lebih kurang pada 5 petang. SOUL pada kali ini telah dirasmikan oleh ustazah Munirah. Dalam ucapan perasmiannya, ustazah mengatakan bahawa ukhwah ini boleh terjalin dan lebih akrab dengan mengadakan aktiviti sebegini. Jadi program ini diharapkan berterusan dan dibuat sebagai acara tahunan.

Majlis diceriakan lagi dengan beberapa aktiviti ringan antaranya ‘taaruf box’ dan ‘makeover challenge’. Pelbagai ragam dan aksi para peserta dapat ditonjolkan bagi memenangi pertandingan tersebut. Usai pertandingan, majlis diteruskan dengan menikmati juadah makanan tengahari. Antara juadah yang disediakan ialah nasi minyak beserta ayam masak merah dan jelatah. Kuih tradisional pula terdiri daripada kuih ketayap dan donut.

Majlis disudahi dengan acara pencapaian hadiah kepada para pemenang. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang agar ikatan silaturrahim semakin erat dalam kalangan warga Iskandariah.

 

Disediakan Oleh,

Nur Arina binti Mohd Ishak

Unit Liputan,

Biro Penerbitan & Penerangan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :