ramai

Iskandariah, November 8 – telah berlangsung program ‘Sembang Santai Bersama Faris’ anjuran Majlis Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) sempena Muhasabah Separuh Penggal (MSP) yang diadakan di Pusat Konvensyen, Fakulti Perubatan. Program ini telah dihadiri oleh ahli yang mempunyai pelbagai latarbelakang bagi mendengar sendiri soalan dan jawapan bagi muhasabah mahupun cadangan yang diberikan.

Program yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam ini banyak berkisarkan tentang peranan dan pembawaan PCI serta perihal universiti dan tidak ketinggalan juga persoalan ahli tentang unit khas. Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Saudara Muhammad Faris Zulkifli sangat tenang dalam menjawab setiap soalan yang ditanya, malah beliau ada menyebut, “Persatuan ini dikemudikan oleh manusia, dan manusia ini penuh dengan kesilapan,..”

Sebelum mengakhiri program ini, saudara Faris ada membuat beberapa resolusi , antaranya adalah :

1. Ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan pimpinan menjadi proaktif dengan isu semasa
2. Semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah harus menjaga ikhtilat
3. Konsep tabayyun dalam sesuatu isu
4. Merapatkan hubungan antara pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan mahasiswa/wi pergigian

Diharapkan program sesi dialog bersama kepimpinan ini terus dapat dilakukan kerana tanpa muhasabah dan cadangan dari ahli sesebuah persatuan dalam kepimpinan itu tidak mampu bergerak demi mencapai objektif menjaga kebajikan ahli bersama. Kita keluarga PERUBATAN!

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,
Unit Liputan,
Biro Penerbitan & Penerangan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :