Iskandariah, November 5- telah berlangsung satu forum yang dianjurkan oleh PERUBATAN Peace And Care (PEACE) iaitu subunit di bawah kelolaan Biro Kebajikan yang bertajuk, “merungkai hikmah di sebalik intifadah dan perebutan kuasa tiga penjuru ‘The Promised Land’. Forum ini dibentangkan oleh Ustaz Ahmad Syakir dan Ustaz Amar Arif serta dimoderatorkan oleh ketua Biro Kebajikan sendiri, Saudara Syed Hamimie Firdaus.

 

Kedatangan mahasiswa/wi pada malam ini di pusat konvensyen Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah cukup meriah dan mendapat banyak sambutan sehinggakan memenuhi ruangan dewan. Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa/wi di Iskandariah begitu cakna dengan isu Palestin dan isu umat Islam di tanah tersebut. Forum ini juga bukan sahaja dapat membuka minda dan pandangan sebagai seorang mahasiwa/wi Islam malah memberi ilmu tambahan untuk mereka menjadi lebih peka tentang isu kemanusiaan khususnya yang melibatkan saudara seakidah.

 

Forum yang diadakan secara santai yang mengenengahkan soalan serta jawapan yang mantap dari barisan panel juga sangat menarik dan memberi pemahaman yang jelas bagi merungkai hikmah di sebalik bibit-bibit tercetusnya intifadah ketiga ini. Dalam masa yang sama, forum ini telah merungkai fakta-fakta retetan sejarah yang telah berlaku di Palestin sejak dahulu kala lagi sehinggakan menjadi perebutan tiga kuasa utama kini; Islam, Kristian dan Yahudi.

 

“Tanah suci Baitul Maqdis merupakan tanah yang dijanjikan oleh Allah kepada ‘kaum yahudi’ yang terdahulu yang beriman kepada Allah, namun bukan kepada ‘kaum yahudi’ sekarang yang sudah jauh menyeleweng dari ajaran sebenar agama samawi.”- Panel.

 

“Tanah Suci Baitul Maqdis adalah hak umat Islam dan tidak akan sekali-kali melepaskan kepada yahudi walaupun terpaksa mengorban nyawa; Kemenangan atau Syahid.”- Panel.

 

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas usaha memberi pendedahan tentang isu ini. Diharapkan forum sebegini dapat diteruskan supaya dapat memberi iktibar dan semangat kepada mahasiswa/wi untuk mengambil berat tentang isu semasa dalam negara mahupun luar negara demi meningkatkan sikap prihatin dalam kalangan mahasiswa/wi.

Barisan panel rancak memberi penerangan kepada para hadirin.

Barisan panel rancak memberi penerangan kepada para hadirin.

 

Dilaporkan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :