12270456_10204446371113150_494671357_n

Iskandariah, November 21 Рtelah berlangsung sebuah program kolaborasi antara Alexandria Dental Team (ALDT) bersama PERUBATAN For PEACE and CARE (PEACE) yang lebih dikenali sebagai sebuah program kebajikan iaitu Dent-CIA. Sukarelawan PEACE dan ahli ALDT telah turun padang bersama ke rumah anak-anak yatim Abdul Halim Mahmood di As-Safirah.

Seusai solat jumaat, para aktivis menunjukkan cara-cara membasuh tangan serta cara menggosok gigi dengan betul kepada anak-anak serta memberi hadiah berus gigi dan ubat gigi sebagai suatu motivasi kepada mereka supaya menjaga kebersihan mulut dengan lebih baik. Di samping itu, ahli-ahli ALDT juga telah mengadakan pemeriksaan gigi kepada anak-anak , yang rata-ratanya gigi mereka sangat bersih dan dijaga dengan baik.

12273160_10204446373353206_197962136_n

Diharapkan program kebajikan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan supaya mahasiswa/wi dapat menyumbang kepada masyarakat setempat sebelum kembali berkhidmat kepada rakyat di Malaysia. Program kerjasama sebegini juga amat digalakkan kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa/wi di Iskandariah.

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :