DSC04660

Kaherah, November 20 – Alexandria Photographer Community (APC), unit khas kelolaan Biro Penerbitan & Penerangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah dengan kerjasama PERUBATAN Cawangan Al-Azhar (PCA) telah menganjurkan sebuah program ‘Walking Through Lens’ di Jalan Muiz, Kaherah. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada mahasiswa/wi mengasah kemahiran dan bakat berkarya melalui fotografi. Sepanjang program berlangsung, seorang pemandu pelancong, Helma Hassan telah menemani para peserta menyelusuri kota lama Kaherah sambil berkongsi cerita dan sejarah mengenai Jalan Muiz ini.

Perjalanan ke kawasan bersejarah itu bermula seawal jam 4 pagi dari Iskandariah. Sebelum sesi fotografi dijalankan mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi sedikit tips berguna bagi mendapatkan gambar yang menarik dan bersesuaian dengan tema ‘street photography’. Usai solat jumaat, para peserta mengakhiri siri jelajah Syarie’ Muizz dengan melawat Masjid Al-Hakim untuk menambah koleksi gambar dan serba sedikit ilmu sejarah di bumi kinanah ini.

Sebelum program berakhir, sesi perbincangan bersama kumpulan telah diadakan bagi menambah baik kemahiran menangkap gambar serta menambah ilmu untuk menjadi seorang ahli fotografi yang berkaliber. Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat digunakan dengan sebaiknya.

s

12270161_10205343508887119_1970886770_n

12285785_10205343508327105_1189991810_n

“Everyone is Photographer”

Disediakan oleh,

Nur Arina binti Mohd Ishak

Unit Liputan,

Biro Penerbitan & Penerangan 2015/2016

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :