money1_cover

“Zahid, jom gi Carefour petang ni. Dengar cerita ada jualan murah.”
“Serius la ada sales? Tapi duit aku dah tahap kritikal ni, Fariz.”
“Eh, belum sampai separuh bulan lagi ni. Takkan la dah habis duit kau?”
“Overbudget bro. Mana la aku tahu nak manage duit ni. Asal ada duit je, mesti habis.”
“Kadang-kadang terpaksa berhutang. Tapi kau jangan bagitau orang lain pula.”

Kepentingan ilmu kewangan

Menguruskan wang adalah salah satu kemahiran yang mesti ada pada mahasiswa. Hal ini demikian kerana mereka bakal menempuhi alam pekerjaan yang lebih rumit dan mencabar. Artikel ini di tulis bertujuan berkongsi tips dan panduan supaya duit yang kita ada, cukup untuk dibelanjakan. Malah, kita boleh menabung bermula dari sekarang. Demi masa depan yang di impikan.

Sekaligus, mengelakkan kita dari boros berbelanja, terjebak dengan hutang atau terkesan dengan masalah habis duit sebelum mendapat sumber kewangan yang baru. Artikel kali ini hanya berkongsi idea secara kasar sahaja. Secara terperinci akan kami susuli selepas artikel yang pertama ini.

Langkah Pertama ( senaraikan dan kenal pasti )

Perkara pertama untuk di lakukan ialah membuat senarai sumber kewangan bulanan kita. Cuba kenalpasti dari mana duit bulanan kita datang. Adakah daripada penaja biasiswa, atau ibubapa atau dari keuntungan perniagaan yang kita lakukan atau sumber-sumber yang lain?

Seterusnya kenalpasti juga, tempat atau arah aliran keluar kewangan kita. Senaraikan semuanya. Contoh, duit sewa rumah, duit internet, duit pengangkutan ke tempat belajar, duit pakaian, duit buku kuliah, tabung derma dan kebajikan dan banyak lagi perbelanjaan yang kita buat. Sebaiknya kategorikan perbelanjaan kita.

#Tips di sini ialah tahu kekuatan sebenar kita dan keperluan sebenar kita.

Langkah Kedua ( Rancang sebaiknya )

Setelah kita maklum sumber dan perbelanjaan kita, maka kita perlu merancang penggunaan duit untuk tempoh sebulan. Ini pada peringkat permulaan. Pastikan duit kita digunakan pada tempat yang betul dan memenuhi keperluan sahaja. Elakkan membazir pada perkara yang tidak berfaedah. Terutama pada perkara yang hanya memenuhi kemahuan kita sahaja. Awas dengan nafsu membeli-belah yang sering menggoda anda. Bagaimana cara untuk membesarkan sumber pendapatan kita? Insyallah siri berikut akan kami kongsikan.

#Tips di sini ialah rancang dengan teliti dan berpijaklah dibumi nyata.


Langkah Ketiga
( Disiplinkan diri )

Disiplin adalah prinsip yang sangat penting. Tanpa sikap ini, apa pun yang kita aturkan, tidak akan menjadi. Laksanakan pengurusan kewangan seperti yang di rancang. Berbelanjalah mengikut apa yang sudah kita tetapkan. Misalnya jika kita peruntukkan LE 200 untuk duit pengangkutan, maka kita mesti berbelanja untuk pengangkutan harian kita seperti yang dirancang. Kecuali dalam kes kecemasan, kita mungkin terpaksa berbelanja lebih dari bajet kita.

Sebolehnya cuba kita catat duit keluar masuk kita. Supaya kita dapat memantau pergerakan masuk dan keluar duit. Sebaiknya mengikut kategori yang telah awal-awal dulu kita tetapkan.

#Tips disini ialah berdisiplin dengan perbelanjaan kita.

Langkah Ke-Empat ( Muhasabah pengurusan )

Seyogianya kita perlu membuat evaluasi terhadap pengurusan kewangan kita. Periksa kembali. Kita mungkin ada terlebih berbelanja atau sumber kewangan kita berkurangan. Boleh jadi juga, ada perbelanjaan yang kita lakukan tetapi tidak termasuk bajet sebelum ini.

Adakalanya juga, kita tersalah menyenaraikan perbelanjaan yang sebenarnya kita tidak menggunakannya pun. Maka berlaku lebihan bajet di situ. Setelah kita membuat kira-kira terhadap pengurusan kewangan kita pada bulan ini, justeru kita meletakkan plan pengurusan baru untuk bulan hadapan. Hasilnya pengurusan kewangan kita semakin baik.

#Tips : Baiki dan rancang semula pengurusan kewangan dengan perancangan yang lebih baik.

Harapan Penulis

Bertitik tolak dari rasa bahawa ilmu/kemahiran ini sangat penting, maka kami cuba berkongsi sekadar yang termampu. Andai sumber kita kecil, kita mampu bertahan. Andai sumber kita besar, orang lain juga dapat merasa. Akhirnya, menabunglah wang untuk masa depan kita bermula dari sekarang.

“Jadilah orang miskin yang qanaah, dan orang kaya yang pemurah”- KS

Artikel sumbangan : Jabatan Bendahari 15/16.

Semoga dapat kami realisasikan salah satu objektif jabatan kali ini iaitu meningkatkan pengetahuan tentang ilmu ekonomi dan pengurusan kewangan dalam kalangan ahli PCI melalui artikel ini.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :