emergency2

“Her bp is too low 90/40. Insert IV line now!” Dr. Mansur meninggikan suara ke arah Dr Nuha yang terkedu dengan keadaan yang tiba-tiba kacau bilau. Ibu muda yang mengandung anak luar nikah di hadapan mereka mengalami heavy vaginal bleeding disebabkan cubaan menggugurkan kandungan.

“Jangan  doktor. Biar anak ni mati!” Tangan pembantu perubatan ditepis kasar. Dr Nuha cuba menenangkan perempuan muda itu sementara seorang juruwarat  beberapa kali mengingatkan mengenai dua pesakit lain yang juga di tag di zon merah sedang dalam keadaan kritikal disebabkan kemalangan jalan raya.

Dr.Mansur lekas mengambil bacaan tekanan darah dan ritma jantung salah seorang mangsa sementara jururawat memasukkan branula berwarna kelabu dan jingga di tangan kiri dan kanan. Seorang lagi mangsa nahas mengerang kesakitan. Dia memerlukan perhatian segera sedangkan bilangan doktor tidak mencukupi. Dr Mansur semakin keliru. Matanya tertancap pada seorang pemuda yang berdiri membatukan diri di sudut ruang.

“What are you looking at? Make yourself useful. Don’t just take notes.” Sergah Dr Mansur garang.

Ed yang sedari tadi menjadi pemerhati utama tercengang. Pen dalam genggamannya tak semena-mena terjatuh.

“Ed, kau okay ke?” bahunya direnggut kemas. Serta-merta anak matanya tertumpu pada pandangan damai di hadapannya. Laut mediteranean yang terhampar luas serta bayu sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya membuatkan dia mengeluh kecil. Bayangan cemas yang bermain di benaknya hilang, namun masih terkesan.

“Kau ni dah kenapa?” soal Mika lagi cuba menggapai pen Ed yang terjatuh di celahan batu-batu konkrit. Ed kalau mengelamun, tidak sah kalau tak jatuhkan barang, fikirnya.

“Aku teringat kes kat emergency department waktu attachment dulu.”

“Oh, yang kau cerita ada young pregnant lady nak commit suicide and ada kes accident tu?“

“Haah. Tapi that young pregnant girl tu bukan nak bunuh diri tapi nak buat abortion. Semua kes tu masuk red zone. Sampai sekarang aku still tak tahu which one yang kena rawat dulu.”

“Haaa. Ingat, ingat. Kenapa pula tiba-tiba mengelamun jauh ni? Bukankah nak dekat setahun kau buat attachment tu?”

“Aku kan dah nak start new posting kat emergency. Macam cuak la gak. That time, Im the dumbest head in the crowd. Aku tak mampu pun nak tolong doktor. And I don’t expect that ED can be as bad as that. Teringat lagi muka Dr Mansur waktu tengok aku dulu. Rasa useless habis. Macam tak pernah belajar apa-apa.” Ujar Ed sambil melempar batu kecil ke arah laut. Ah, tersasar, tidak cukup jauh. Hidup ini penuh dengan kegagalan. Satu lagi keluhan kecil dilepaskan.

“Waktu tu kau takde experience, memanglah kau tak tahu. Dr Mansur pula tengah stress sebab tak cukup orang nak tolong. Kau je la kan yang buat relaks buat peace kat situ. Memang patut pun kena.”

“Okay.. You’re not helping.” Ed mengerling Mika tajam.

“Okay, sorry sorry. Maksud aku, kau kena ada inisiatif macam mana nak tolong walaupun kau memang tak tahu apa-apa. Aku yakin doktor mesti tahu kemampuan kau. Dia akan minta tolong benda yang kau mampu buat.“ Ed mengangguk perlahan mengakui kebenaran kenyataan Mika yang pahit tapi benar.

Melihatkan Ed yang diam seribu bahasa, Mika menyambung, “When the going gets tough, the tough gets going. Kalau waktu sekarang pun kau dah rasa susah, takut nak start posting baru, kau kena ingat ada banyak lagi benda yang lagi susah akan datang. Jangan mengalah awal sangat bro. Muka hensem dah, hati je tak cukup sado.” Mika mencebik.

“Kau kalau cakap, memang ikut sedap mulut je kan. Aku pun tak tahu camne aku boleh terjebak dengan kau.”

“Ye lah. Dah kau stress, kau cari aku. Memanglah terjebak.” Balas Mika sambil mengeluarkan Iphone 6s dari poket kanannya. Jarinya lincah menari di atas papan skrin. “Jomlah terjebak dengan aku, pergi tempat ni.” Sambungnya lagi sambil menunjukkan paparan poster yang ada di skrin telefon.

SEMINAR PERUBATAN 7

‘EMERGENCY : REVEALING THE RIGOUR’

Ed tersenyum simpul melihat muka Mika yang mengangkat kening double-jerks. “Okay, jom!”

Oleh :

FARAH YASMIN BINTI ZAINI

TAHUN 3 PERUBATAN

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :