12109934_1106173902745824_8811568110885773769_o

Iskandariah, 18 Oktober – telah berlangsung Pilihan Raya Umum Mahasiswa Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah(PRUDent) yang dianjurkan oleh Majlis Ketua Batch (MKB) Fakulti Pergigian pada hari Jumaat yang lalu bertempat di Dewan Lotfy, Fakulti Pergigian. Seluruh warga pergigian Iskandariah turut hadir bagi mendengar manisfesto calon-colon serta membuang undi bagi memilih pemimpin dalam kalangan batch masing-masing bagi sesi 2015/2016.

Majlis diteruskan dengan kalam nasihat dari pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, saudara Muhammad Faris bin Zulkifli yang menekankan kesatuan dalam kalangan mahasiswa/wi pergigian. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengarah MARA Timur Tengah, Encik Ahmad Sofi Bin Abdullah yang turut memberi nasihat dan amanah kepada mahasiswa/wi pergigian.

Seterusnya acara yang ditunggu-tunggu, iaitu pengenalan calon-calon Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch dari tahun 1 hingga tahun 5. Kesemua calon pada hari itu membentangkan manisfesto mereka secara bersemangat dan memberangsangkan serta calon-calon begitu yakin untuk menjawat jawatan itu. Setelah selesai pembentangan manifesto, mahasiswa/wi pergigian diberi masa untuk memangkah undi untuk calon yang mereka harapkan dan keputusan pilihan raya diumumkan pada hari yang sama.

Diharapkan agar pilihan raya sebegini boleh diteruskan kerana demokrasi adalah satu wadah untuk memilih pemimpin secara adil dan saksama. Justeru melahirkan mahasiswa/wi yang matang untuk membuat keputusan dalam memilih calon yang mereka rasakan layak untuk memimpin mereka kelak.

 

Dilaporkan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan sesi 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :