Iskandariah, 7 November – Sepanjang cuti musim panas yang lalu, beberapa orang ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) telah menamatkan zaman bujang mereka dan melangkah ke alam pernikahan. Masing-masing telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di tanah air. Justeru PERUBATAN Cawangan Iskandariah(PCI) dengan rasa bahagia ingin merakamkan seinfiniti tahniah kepada pasangan mempelai yang baru sahaja meraikan cinta mereka berlandaskan agama.

Antara pasangan mempelai yang telah melangsungkan perkahwinan mereka :

1) Muhammad Zainurul Ikram bin Ismail & Nurul Ajmal binti Mohamad Mohsin (Tahun 5)

2) Shahirah Atikah Binti Mohd Zaini & Muhammad Ridzwan Bin Syafie (Tahun 4)

3) Muhammad Fadzil bin Zainuddin (Tahun 6) & Nursyaida Nasuha binti Rosman

4) Ahmad Mukhlis bin Rohaizak & Fatimatul Syahirah binti Mohd Badli Shah (Tahun 6)

5) Muhammad Esham Bin Samsudin (Tahun 6) & Siti Hajar Bt Hj Shamsudin

6) Siti Aisyah bt Rusman (Tahun 6) & Mohd Ala Hadrame bin Mohd Noh

7) Nawar Nadhrah bt. Abdul Wahid & Muhammad Annas bin Zainal (Tahun 6)

8) Hanis Razanah bt. Ismadi & Muhammad Nabil bin Baharu (Tahun 6)

Wakil Unit Baitul Muslim (UBM) dengan rasa syukur ingin menyampaikan ucapan tahniah dan nasihat kepada semua pasangan raja sehari ini, “Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada mempelai yang berjaya diijabkabulkan pada musim cuti yang lalu. Ingatlah, medan perkahwinan bukanlah medan untuk kita menerima sahaja, menerima hak, kasih sayang. Tetapi ianya lebih murni dan bahagia bila kita lebihkan dalam memberi dan menunaikan hak sebaiknya,” kata Timbalan Pengarah UBM PCI , saudari Nur Adilah Abdul Hamid.

Diharapkan semoga mahligai cinta yang dibina berkekalan sampai ke syurga di samping menjadi medan tarbiyah bagi mencorak bakal-bakal penerus khilafah di bumi kelak dan sentiasa diberkati serta dilimpahi mawaddah, sakinah dan rahmah.

12064149_1085146721503315_665741931_n

Muhammad Fadzil bin Zainuddin (Tahun 6) & Nursyaida Nasuha binti Rosman

 

12166988_1085147221503265_329471696_n

Muhammad Zainurul Ikram bin Ismail & Nurul Ajmal binti Mohamad Mohsin (Tahun 5)

 

12170857_1085147148169939_683658507_o

Ahmad Mukhlis bin Rohaizak & Fatimatul Syahirah binti Mohd Badli Shah (Tahun 6)

 

12168531_1085147094836611_874712919_o

Shahirah Atikah Binti Mohd Zaini & Muhammad Ridzwan Bin Syafie (Tahun 4)

Muhammad Esham Bin Samsudin (Tahun 6) & Siti Hajar Bt Hj Shamsudin

Muhammad Esham Bin Samsudin (Tahun 6) & Siti Hajar Bt Hj Shamsudin

Nawar Nadhrah bt Abdul Wahid & Muhammad Annas bin Zainal (Tahun 6)

Nawar Nadhrah bt Abdul Wahid & Muhammad Annas bin Zainal (Tahun 6)

 

 

(Sumber: UBM PCI)

Ditulis oleh :

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerangan dan Penerbitan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :