*Lokasi: Nafak Cleopatra

*Lokasi: Nafak Cleopatra

Iskandariah, Oktober 25- Hujan lebat berserta ketulan ais sebesar kiub ais telah melanda Iskandariah pada pagi ini selama lebih kurang sejam menyebabkan paras air di jalan raya naik sehingga menenggelamkan kaki kerana sistem peparitan yang kurang berkesan di Mesir ini. Hujan batu ini dikatakan berlaku secara tiba-tiba tanpa menunjukkan sebarang petanda awal.

“Sedih sebab tidak sempat membuat persediaan awal untuk menghadapi hujan dan musim sejuk dan terpaksa meredah hujan demi ke kelas” ulas Fatin Najihah Zainuddin, pelajar tahun 4 kuliah pergigian yang terpaksa berbasah kuyup mengharungi hujan untuk ke kelas pada hari ini.

Salah seorang pelajar tahun 4 Kuliah Perubatan, Muhammad Nazimal Fikry pula berkata ” Kelas kami terpaksa diubah tempat sebab hujan yang terlalu lebat yang melanda berserta ais batu sehingga air hujan mula memenuhi lantai kelas kami,” katanya setelah hadir ke kelas pagi tadi. Hujan ais ini adalah petanda perubahan cuaca kepada musim sejuk.

Oleh itu, seluruh warga Iskandariah diingatkan supaya membuat persediaan awal untuk menghadapi musim sejuk yang bakal menjelma tidak lama lagi. Perubahan cuaca yang berlaku sekarang adalah tidak menentu, jadi diharapkan agar kita semua dapat menjaga kesihatan dari segi pemakanan, pengambilan vitamin dan dari segi pemakaian bagi dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit dan musibah yang boleh menganggu proses pembelajaran kita semua.

 

Dilaporkan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :