DSC08232

AHLAN adalah program PERUBATAN yang dianjurkan khas bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar sains kesihatan yang baru ke bumi Mesir. Pada tahun ini, AHLAN PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah dijalankan selama tiga hari iaitu pada 29 dan 30 September & kemuncaknya pada 2 Oktober.

AHLAN khusus bagi pelajar-pelajar jurusan pergigian telah diadakan pada 29 September di Tingkat 3 Bangunan MARA, dengan dihadiri oleh wakil pihak Universiti Iskandariah, Fakulti Pergigian, Prof. Dr. Neveen Shawky, dan perasmi program, Ustaz Ahmad Sofi bin Abdullah, Pengarah MARA Timur Tengah selaku perasmi bagi majlis tersebut. Selain ice-breaking, slot akademik bersama wakil pihak Fakulti Pergigian turut dimuatkan dalam tentatif bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan sistem pembelajaran jurusan pergigian. Program yang bermula pada 8 pagi ini telah berakhir dengan jayanya pada pukul 4 petang.

Seterusnya diadakan AHLAN menggabungkan pelajar-pelajar jurusan perubatan dan farmasi pada 30 September yang bertempat di Pusat Konvensyen Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah. Turut dihadiri beberapa orang wakil pihak Fakulti Perubatan dan Fakulti Farmasi, bersamaUstaz Ahmad Sofi bin Abdullah, Pengarah MARA Timur Tengah. Slot akademik bersama fakulti turut diadakan bagi memberi beluang kepada para pelajar untuk bersoal jawab secara terus kepada pihak fakulti di samping mendapat penjelasan berkenaan sistem pembelajaran jurusan masing-masing. Sebelum program tamat, lantikan penghulu dan penghuluwati AHLAN telah diadakan dan kemudian program bersurai pada jam 4 petang.

Kemuncak program ini adalah pada hari terakhir iaitu pada 2 Oktober 2015. Dengan menggabungkan ketiga-tiga jurusan iaitu perubatan, pergigian dan farmasi, telah diadakan explorace yang bertempat di sekitar bangunan MARA. Explorace telah bermula pada pukul 4 petang sejurus selepas para peserta menunaikan solat asar di sutuh Bangunan MARA. Sebanyak enam checkpoint telah ditetapkan bersama modul-modul berkisar realiti kehidupan pelajar di Iskandariah khususnya. Setelah selesai explorace, para peserta menunaikan solat Maghrib dan kemudian berkumpul semula di sutuh Bangunan MARA. Lantikan ketua batch dan timbalan ketua batch secara rasmi telah diadakan dan program tamat pada jam 9.30 malam setelah para peserta selesai menikmati jamuan BBQ.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti Iskandariah tidak kira dari fakulti perubatan, pergigian mahupun farmasi di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada ahli jawatankuasa AHLAN khususnya dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Majlis Amanah Rakyat(MARA) yang turut serta bekerjasama dalam merealisasikan program tahunan PERUBATAN ini.

AJKP

Kesimpulannya , ahli-ahli jawatankuasa sangat berpuas hati dan gembira melihat keterlibatan para peserta sesama mereka. Mereka sungguh bersemangat dan memberi kerjasama dalam menjayakan AHLAN pada kali ini. Di samping mereka dapat mengenal rakan-rakan sebaya, mereka juga dapat mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira jurusan dan usia tidak kira sesama mereka mahupun bersama para senior. Moga ukhuwah yang terbina tidak terhenti di sini sahaja dan terus terjalin walaupun setelah AHLAN melabuhkan tirai. Ayuh sama-sama kita merealisasikan visi PERUBATAN iaitu PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk professional sains kesihatan yang Rabbani dan kompeten.

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :