siram

ISKANDARIAH, 5 Julai- Biro Pembangunan Insan telah mengadakan program MEGA dengan tajuk ‘Sinar Kasih Ramadan (SiRAM)’ telah berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2015 bertempat di asrama MARA sempena Ihya’ Ramadan (IHRAM) kali ini. Program bermula dengan solat maghrib berjemaah berasingan untuk ikhwah dan akhawat. Sebelum itu, kit ramadhan telah diedarkan oleh para AJK sebagai bekalan bagi peserta untuk berbuka puasa sebelum makanan berat dihidangkan. Setelah solat maghrib, peserta telah diarahkan ke sutuh untuk menjamu makanan berat yang telah dihidangkan oleh para AJK.

Program diteruskan dengan sedikit pengisian dari saudara Zikri Yussof, pelejar Tahun 6 Perubatan Iskandariah mengenai ‘Kesihatan dalam berpuasa’ yang diambil dari kitab karangan Dr Amir Solih. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai kelebihan berpuasa dalam menjaga kesihatan kita dari segi saintifiknya. Seterusnya peserta telah bersolat Isyak berjemaah disertai solat tarawih 8 rakaat dan witir. Sedikit moreh telah disediakan untuk peserta selepas solat.

Program kali ini bukan sahaja merangkumi iftar dan solat tarawih berjemaah bahkan disertai dengan qiamullail, sahur dan solat Subuh berjemaah keesokan harinya. Sebahagian peserta yang mengikuti qiamullail telah menetap di asrama MARA. Qiamullail bermula pada jam 1.30 pagi dan diikuti dengan sahur dan solat Subuh berjemaah. Selepas solat Subuh sedikit pengisian telah diberikan oleh Ustaz Jamiludin Murat mengenai penurunan al-Quran dan sirah ramadan ketika hayat Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Program tamat pada jam 4.30 pagi.

penyiramm

Dengan berakhirnya program ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada para peserta bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Diharapkan warga Iskandariah dapat mengamalkan sunnah iftar jamaie di samping mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin dalam kalangan ahli di Iskandariah.

 

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan sesi 2015/2016

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :