LOGO_coloured_transparent-150x150

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Penangguhan program atau tawaquf merujuk kepada bermulanya peperiksaan akhir tahun/semester mahasiswa dan mahasiswi Universiti Iskandariah. Namun disebabkan perbezaan jadual dan tarikh peperiksaan antara mahasiswa Pergigian dan Perubatan (klinikal dan pra-klinikal), penangguhan program tidak dapat dijalankan serentak untuk semua tahun dan jurusan.

Jangka masa tarikh peperiksaan adalah seperti berikut :

Pre-klinikal          : 15 Jun – 12 Julai
Tahun 4                : 21 Julai – 3 Ogos
Tahun 5                : 24 Ogos – 10 September

Bagi program umum PERUBATAN Cawangan Iskandariah, pertimbangan pelepasan program oleh Panitia Perancang adalah merujuk kepada kesesuaian tarikh serta kumpulan sasaran. Justeru, beberapa program telah dipertimbangkan sebagai pengecualian untuk dilaksanakan pada bulan Jun sehingga September bagi memenuhi keperluan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Antara aktiviti tersebut ialah :

1. Tafaqquh Fiddeen
2. Ihya Ramadan (IHRAM)
3. MESRA
4. EFC serta program akademik
5. Program berskala kecil organisasi batch yang bukan dalam fatrah imtihan
6. SC-Smart Circle (bergantung kepada persetujuan mentor dan mentee)
7. International Day

Sebarang aktiviti lain perlu dirujuk kepada Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan akan diberikan pengecualian untuk dilaksanakan setelah dipertimbangkan dan diluluskan di peringkat Panitia Perancang.

Adalah digalakkan kepada ahli yang di dalam fatrah imtihan untuk menggunakan medium smart circle serta madrasah Ramadan sebagai medium pengisian rohani dan di samping itu juga boleh dimanfaatkan medium SC sebagai medium untuk mengulangkaji bersama.

Sama-sama kita menyusun dan meletakkan prioriti sebaiknya menjelang peperiksaan dan Ramadan yang bakal tiba. Semoga kita diberikan fokus serta komitmen dalam mengulangkaji serta beribadah dengan menjaga hubungan yang baik antara manusia dan Pencipta. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kejayaan, di dunia dan di akhirat.

Wallahua’lam.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

DSC06639

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar,
Naib Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
Sesi 2015/2016

DSC06510

 

 

 

 

 

 

 

 

Nur Amalina binti Allaudeen,
Naib Pengerusi 2,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
Sesi 2015/2016

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :