11160182_1011134202249795_854247043_n

Iskandariah, 1 Mei 2015 – Pihak ALESCA memohon maaf ke atas kecelaruan jadual perlawanan Bola Jaring yang dijadualkan pada hari ini jam 8 pagi telah ditunda pada jam 8 malam ini. Hal ini berikutan telah berlaku kesilapan dalam menempah gelanggang di Kuliah Tijarah, Shatby.

Ketika ditanya kepada Timbalan Pengarah ALESCA Farah Yasmin binti Zaini, beliau berkata, “Saya selaku timbalan pengarah, mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana ALESCA menyusun 10 jari memohon maaf di atas penangguhan permainan bola jaring yang sepatutnya dijalankan pada waktu pagi. Hal ini terjadi berikutan kesilapan pada surat penempahan court yg tertulis 8 malam dan bukannya 8 pagi. Kesilapan ini amatlah kami kesali. Sesungguhnya kami merancang, tapi perancangan Allah sudah tentu lebih baik meskipun pihak kami sudah berkali-kali memeriksa tarikh dan waktu permainan. Dan harapan kami agar para atlet masih bersemangat untuk meneruskan permainan pada 8 malam nanti,” ujarnya bagi memohon maaf kepada para peserta ALESCA yang terlibat.

Diharapkan agar semangat kesukanan para peserta dan penyokong tidak lumpuh dan masih lagi mahu meneruskan persaingan yang sihat bagi merebut gelaran juara bola jaring pertama di ALESCA. Ahli PCI dijemput hadir pada jam 8 malam ini di Gelanggang Kuliah Tijarah, Shatby bagi menyokong peserta yang bermain dan memupuk usaha kesatuan antara ahli dalam bersukan.

Dilaporkan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :