BLURR

Alhamdulillah wasyukurillah, setelah hampir 3 minggu berlangsungnya ALESCA ataupun Alexandria Sports Carnival (ALESCA) kita telah sampai ke penghujungnya. Pelbagai aksi dan persembahan yang menakjubkan dari semua atlet atau peserta yang menyertai acara-acara yang telah dipertandingkan  merangkumi indoor games seperti catur dan pingpong hingga acara highlight seperti bola tampar dan bola keranjang.

Hasilnya, berikut merupakan pungutan pingat dari setiap batch dari Tahun 1 atau dikenali sebagai Valiantz sehingga ke batch paling senior iaitu tahun 6, I-Mumtaz. Benar sekiranya dilihat dari segi pungutan emas terbanyak semestinya I-Mumtaz selayaknya dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan 8 emas, tidak dinafikan lagi tetapi pihak kami mengambil kira sumbangan pingat-pingat warna lain juga iaitu perak dan gangsa.

Pihak penganjur telah sebulat suara untuk menetapkan juara keseluruhan dengan meletakkan sejumlah mata tertentu bagi pingat-pingat tersebut iaitu:

  • Emas (10 mata)
  • Perak (7 mata)
  • Gangsa (5 mata)

Keputusan ini dicapai setelah perbincangan secara lumat dengan para AJK Pelaksana ALESCA. Walaupun kaedah ini sememangnya berbeza dengan kaedah yang biasa digunakan seperti di temasya sukan yang lain seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik di mana juara keseluruhan ditentukan berdasarkan pungutan emas paling banyak tetapi atas faktor warna pingat perak dan gangsa juga memberi sumbangan selain juara keseluruhan haruslah menguasai sebilangan besar acara yang dipertandingkan, kaedah pungutan mata telah diketengahkan. Kaedah ini juga dipilih kerana bilangan acara yang dipertandingkan dalam ALESCA tidaklah sebanyak dalam Sukan  Komanwel dan Sukan Olimpik dan proses pengiraan mata keseluruhan masih boleh dijalankan kerana tidak begitu mengambil masa yang banyak. Berbeza dengan Komanwel (22 sukan) dan Olimpik(26 sukan), ALESCA hanyalah mempertandingkan 11 sukan atau acara. Jadi perkiraan jumlah mata lebih sesuai di kaca mata penganjur ALESCA.

Berikut pengiraan jumlah mata untuk semua batch yang bertanding:

  • Valiantz = 1 emas(10 mata) + 1 perak(7 mata) + 2 gangsa(2 x 5 mata)

=          10 + 7 + 10

=          27 mata

 

  • Ayden = 2 emas(2 x 10 mata) + 2 perak(2 x 7 mata) + 7 gangsa(7 x 5 mata)

=          20 + 14 + 35

=          69 mata

 

  • Phylox = 7 emas(7 x 10 mata) + 9 perak(9 x 7 mata) + 4 gangsa(4 x 5 mata)

=          70 + 63 + 20

=          153 mata

 

  • Stanza Mahabbah = 5 emas(5 x 10 mata) + 10 perak(10 x 7 mata) + 7 gangsa(7 x 5 mata)

=          50 + 70 + 35

=          155 mata

 

  • Ace = 7emas(7 x 10 mata) + 6perak(6 x 7 mata) + 3gangsa(3 x 5)

=          70 + 42 + 15

=          127 mata

 

  • I-Mumtaz =8emas(8 x 10 mata) + 3perak(3 x 7 mata) + 4gangsa(4 x 5)

=          80 + 21 + 20

=          121 mata

Jadi, dengan pungutan mata melalui bilangan pingat yang dimenangi secara keseluruhan telah membuktikan Stanza Mahabbah layak dinobatkansebagai juara ALESCA 2015 dengan  mengungguli kedudukan dengan hanya beza 2 mata berbanding pencabar terdekatnya, Phylox.

Di pihak penganjur ALESCA, kami sedar atas kekeliruan yang telah berlaku setelah page PCI mendedahkan kedudukan terkini pungutan pingat pada 6 Mei iaitu sebelum acara akhir bola tampar bagi mahasiswa pada 7 Mei  dan balapan bagi mahasiswa pada 8 Mei. Mengikut carta tersebut, Phylox mendahului kedudukan dengan 7 emas, 8 perak dan 3 gangsa manakala I-Mumtaz di tangga kedua dengan pungutan pingat sebanyak 7 emas, 3 perak dan 3 gangsa dan carta tersebut menunjukkan seolah-olah kaedah menentukan juara ialah melalui pungutan emas terbanyak sedangkan carta tersebut sebenarnya pada asal niatnya hanyalah untuk memaparkan kedudukan terkini pungutan pingat batch masing-masing dan kedudukan 1 hingga 6 itu disalahertikan sebagai kedudukan tangga juara hingga tempat keenam. Padahal, carta tersebut sepatutnya meletakkan Valiantz terlebih dahulu diikuti  Ayden, Phylox, SM, Ace dan I-Mumtaz.

Sejujurnya, kesilapan teknikal ini ialah satu kesilapan yang tidak disengajakan dan segala kekeliruan yang timbul amatlah kami kesali. Sekali lagi kami Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI ) mewakili pihak penganjur ALESCA mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan penyertaan yang hangat dari seluruh penduduk Iskandariah dan sepuluh jari disusun, memohon maaf  khususnya kepada I-Mumtaz atas kekeliruan yang timbul.

Kedudukan berdasarkan senioriti batch :

Emas Perak Gangsa
1. Valiantz 1 1 2
2. Ayden 2 2 7
3. Phylox 7 9 4
4. SM 5 10 7
5. Ace 7 6 3
6.I-Mumtaz 8 3 4

Kedudukan juara hingga tangga keenam :

Emas Perak Gangsa Jumlahmata
SM 5 10 7 155
Phylox 7 9 4 153
Ace 7 6 3 127
I-Mumtaz 8 3 4 121
Ayden 2 2 7 69
Valiantz 1 1 2 27

Disediakan oleh,

Ameen Husainy Bin Anuar Husainy,

Pengarah ALESCA 2015/16.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :