Color NEW

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih berada dalam nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi sejak sekian lama. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan juga sahabat-sahbat baginda. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya, dan sentiasa memperoleh petunjukNya dalam setiap urusan.

Sedar atau tidak, kita sudah berada di pertengahan tahun akademik 2014/2015. Sesungguhnya masa berlalu dengan begitu cepat. Banyak dugaan dan cabaran yang telah kita tempuhi  dengan suka dan duka. Sesungguhnya segala dugaan dan cabaran itulah yang mematangkan akal fikiran kita sebagai mahasiswa sains kesihatan yang menuntut di bumi Kinanah ini dan juga untuk menguatkan hati dan iman kita.

Tanggal 11 April yang lepas, satu pertemuan rasmi antara Dr. Hala Maklad, Pengarah International Undergraduate Medical Program  (IUMP) Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah  dengan pihak PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI)  yang diwakili oleh Biro Akademik telah diadakan. Pertemuan ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan baru berkenaan yuran pelajar yang telah dikuatkuasakan serta merta di atas arahan Kementerian Pendidikan Mesir iaitu:

“Pelajar yang tidak membayar yuran untuk sesi ini, TIDAK AKAN dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir semester.”

 Perbincangan supaya diberi kelonggaran atau alternatif lain mengenai pembayaran yuran ini juga telah dilakukan. Namun, pihak universiti memberi jawapan yang sama kerana hal ini adalah arahan secara langsung daripada pihak kementerian dan pihak universiti perlu menurutinya.  Justeru itu, PCI menyeru dan menggesa kepada semua pelajar  yang belum melakukan pembayaran yuran untuk segera membuat pembayaran yuran bagi membolehkan kalian untuk menduduki peperiksaan akhir semester  untuk tahun ini. Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan akhir semester  bagi setiap batch:

Tahun 1, 2 dan 3 : 17 Jun 2015 – 12 Julai 2015

Tahun 4                : 22 Julai 2015 – 3 Ogos 2015

Tahun 5                : Ogos – September 2015

Tahun 6               : Oktober-November 2015

*Perubahan tarikh-tarikh peperiksaan tertakluk di bawah pentadbiran universiti.

Bagi pelajar yang mempunyai masalah untuk membayar yuran pada sesi ini, sila berikan maklumat yang berkaitan kepada student representative (SR) setiap batch sekiranya belum. PCI akan cuba usahakan apa yang termampu untuk membantu kalian. Namun begitu, ingin ditegaskan bahawa pelajar yang terlibat juga perlu berusaha terlebih dahulu menyelesaikan permasalahan ini dengan memaklumkan perubahan ini kepada pihak  penaja/bantuan pinjaman  atau badan zakat negeri yang berkenaan.  Jika terdapat sebarang kesulitan bolehlah menghubungi AJKT Biro Akademik.  Sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Siruu `Ala Barakatillah.

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

DSC06635

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khairul Anuar Bin Bahrim,

Ketua Biro Akademik, PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) 2015/2016.

MC-1

 

 

 

 

 

 

 

 

Ain Fatini Binti Ibrahim,

Timabalan Ketua Biro Akademik, PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) 2015/2016.

 

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :
  • Iman Azlan

    Ouff, too bad. Kami yakin PCI dah cuba bantu sehabis baik, dan ikut logik memang susah nak penetrate kementerian Mesir unless dengan campur tangan EME sendiri.

    kalau begitu kena buat cepat cepat jugalah. kheir inshaAllah, doa banyak banyak Allah mudahkan.