DEBU 1

Apabila ke bumi tarbiyah, aku rasa satu yang takjub, mungkin kerana aku belum pernah merasai apa itu maknanya tarbiyah. Perjalanan ilmu ini aku pandang sebagai satu cabaran yang tidak pernah terbayang dek fikiran. Jauh dari keluarga yang tidak pernah aku terpisah sekian kalinya. Impian aku datang ke sini, mesir adalah satu takdir yang mana akan menjadi satu jalan cerita dalam hidup aku. Sejauh mana pun pergi, kenangan dan pesanan ibu ayah masih terbayang di mata, kerinduan itu acapkali hinggap di hati. Tanpa sedar mengalir air mata dalam diam, hanya doa yang mampu diiring moga mereka sihat hendaknya. Di sini, aku bersama teman-teman sekuliah yang lain disambut senang oleh senior-senior. Mereka terlalu baik dengan kami, berbeza sekali dengan senior ketika di zaman persekolahan dahulu. Aku rasa satu rasa yang janggal dan rasa ingin memberontak kerana setiap masa ada sahaja senior yang ke bilik dan menanyakan khabar. Setelah seminggu di sini, aku rasa sunyi, sunyi dalam keramaian. Aku lihat teman-teman aku begitu rapat sekali antara senior. Aku berasa kecil hati kerana aku tidak rasa sebegitu. Lalu aku menangis sampai terlelap. Aku dikejutkan dengan panggilan namaku yang lembut.

“Tasya, bangun Tasya, akak datang ni , bawa sedikit makanan, jom la makan bersama kawan yang lain.”

Aku terkejut dan aku tiba-tiba menangis lagi dan tanpa dipinta senior itu memeluk aku. Lagi kuat esakkan aku.

“Kenapa ni Tasya, akak ada buat salah ke? Maaf Tasya, kalau akak ada terlepas pandang ke tak tegur Tasya ke. Maafkan akak.”

“Takdak apalah akak, akak tak buat salah pun. Tasya je emo lebih.”

Aku bangun dan pergi ke bilik air untuk bersihkan diri. Kemudian aku makan bersama teman-teman yang lain.

“Wah , roti canai lah” kataku.

“Sedapnya gulai nie”

“kak amal yang buatkan”

“sedap-sedap”

Sejak dari tarikh itu, aku rapat dengan dia. Dia banyak mengajar aku erti tarbiyah, tarbiyah bukan sesuatu yang perlu dipelajari tetapi ada kesedaran. Kesedaran yang buat aku tersedar banyak permata di sebalik debu di mesir ini. Aku rasa satu semangat baru untuk belajar lebih dan inginkan satu perubahan dalam diri ini. Kemenjadian ke arah doktor muslimah adalah impian baru aku di sini.

 

DEBU 2
Alhamdulillah. Aku seolah tak percaya aku akan kembali ke bumi ini setelah hampir 17 tahun ibu ayah bawa aku pulang ke Malaysia. Mesir aku kembali lagi, kembali untuk hidup, belajar, cari ilmu dalam perutmu.
Langkah semakin laju beg dan menarik keluar ke balai ketibaan.

“wah, ramainya orang datang sambut kami”, kata sahabat di sebelahku.

Ya, ramai orang menyambut semangat baru yg datang, bawa risalah untuk gengam rapat menuju kejayaan.
Ditempatkan di dalam bangunan hostel MARA adalah sesuatu yg cukup mudah, kerana tak perlu membeli perabot semua sudah tersedia. Alhamdulillah. Aku di tempatkan bersama sahabat sebilik yg sudah lama aku kenal tapi belum lagi disalami hati budinya. Moga kami dapat menjadi sahabat yang baik kelak.
Setelah seminggu, aku hairan melihat reaksi dan tingkah lakunya, asyik menangis dan menangis. Aku cuba menegur tetapi dia seolah-olah ingin bersendirian. Makin ditanya, makin kuat esakkannya. Mungkin rindu akan keluarga mungkin. Aku biarkan dia tenang dulu , mungkin dia perlukan masa untuk berdikari.
Aku gembira melihat senior di sini, ramai yang ambil berat tentang kami, sering bawakan juadah dan membawa kami membeli barang keperluan di luar. Antara tempat popular di sini semestinya Carrefour, tetapi harganya mungkin sedikit mahal, ada juga yang pergi ke Manshiyah yang jaraknya cuma 20 minit berjalan kaki dari Hostel MARA. Harga disana boleh tawar menawar dan ada banyak pilihan serta berpatutan. Teman sebilikku masih lagi enggan keluar membeli barang keperluan, masih di katil, masih menangis, aku risau jika keadaannya berlanjutan hingga masuk minggu orientasi nanti.

“kak amal, boleh nisaa’ cakap sedikit, akak tegurlah tasya, dia selalu sendirian, risau saya”

“wah ,roti canai lah. Sedapnya gulai nie” , tanpa disuruh aku menjawab,

“kak amal yang buatkan”sambungnya lagi, “sedap-sedap”
Hampir seminggu di sini, itulah kali pertama tasya makan bersama kami. Alhamdulillah satu permulaan yang baik. Mungkin dengan cara ini dia lebih ceria, inshaAllah.

 

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni – Tahun 3 – Kuliah Pergigian

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :