SC Gabungan Dapat merapatkan ukhwah.

Iskandariah, 18 April 2015- Telah berlangsung SC Gabungan Mahasiswi Perubatan dan Pergigian Tahun 1 yang telah diadakan di Shalalat Garden bermul seawal pukul 8 pagi sehingga 1.30 petang. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah sesama mahasiswi Tahun 1 dan memantapkan kefahaman asas-asas Islam.

SC Gabungan ini dimulakan dengan pengisian oleh saudari Wan Nur Athirah Wan Abdul Halim tentang kitab ‘Wajibus Syabab’. Dalam program ini juga, terdapat permainan ala-ala ‘explorace’ yang dikendalikan oleh para mentor Tahun 1 dan Tahun 3, yang juga diselitkan dengan silibus dalam LIFE di setiap ‘checkpoint’. Antaranya :
1. Isu semasa berkisarkan isu penubuhan Negara Iraq dan Syams (ISIS)
2. Fiqh aulawiyat
3. Slot amar makruf nahi mungkar
4. Kepentingan SC
5. Jahiliyah moden

Ketika ditanyakan kepada saudari Nor Aina Syazwani binti Shaharudin, mahasiswi pergigian , beliau berkata , banyak input yang menarik dan makanan yang disediakan juga sangat sedap. Walaupun bakal menghadapi kuiz 2 pada keesokan harinya, Aina dan mahasiswi pergigian yang lain sanggup datang dan mengorbankan masa mereka untuk menghadiri program ini.

Diharapkan program SC gabungan ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan bagi menarik minat mahasiswa dan mahasisiwi untuk menghadirkan diri ke SC dalam bentuk yang pelbagai aktiviti serta permainan yang disediakan di samping dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli PCI.

11149268_10152826481963741_6503782144048443270_n

Disediakan oleh ,
Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni
Unit Liputan BPP

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :