17814_10202512986866097_2335385776091351048_n

Di mana ada pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Di mana ada awal pasti akan ada akhir. Itulah kehidupan. Majlis Graduasi PROF Gen III menandakan telah berakhirnya program PROF untuk sesi 2014/2015. Majlis diadakan di Tingkat 3 MARA dan program bermula pada pukul 7 malam bertujuan untuk meraikan komitmen yang telah diberikan oleh peserta sepanjang satu sesi ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh peserta Akademi PROF, Amir Amrullah dan nyanyian lagu tema PROF iaitu Gemuruh. Majlis diteruskan dengan “Myers Briggs; Personallity Test” dan dilanjutkan dengan muhasabah dari Unit Quality Control untuk para peserta oleh Al-Imran.

Slot seterusnya ialah ucapan Pengarah Program Majlis Graduasi PROF Gen III oleh Al-Imran, ucapan pemangku mantan Setiausaha oleh Naufal dan akhiranya ucapan Naib Pengerusi iaitu Hazmi Al-Wafi. Naib Pengerusi mengajak  peserta akademi PROF menjadikan PCI sebagai medan untuk memberi.

Majlis Graduasi ini  telah dirasmikan oleh Encik Faisal selaku Penolong Pengarah MARA . Ucapan alu-aluan yang menyatakan bahawa PROF adalah sebuah program yang sangat bagus untuk melatih seseorang individu kearah lebih professional seiring dengan jurusan yang diambil iaitu perubatan. Beliau juga mengatakan bahawa untuk menjadi pemimpin seseorang perlu lebih inovasi dan kreatif.

Majlis diteruskan dengan pemberian sijil penghargaan oleh Encik Faisal diiringi dengan Hazmi Al- Wafi kepada semua ahli peserta. Seterusnya penghargaan juga diberikan kepada kumpulan terbaik iaitu kumpulan Alexandrite, perserta lelaki terbaik iaitu Khairul Maarif dan peserta perempuan terbaik Farah Yasmin. Pengerusi Majlis juga telah umumkan bahawa kumpulan Islamic Musketeers telah berjaya diterima usulnya oleh PCI untuk menganjurkan program bernama Kursus Pemantapan Daie.

13504_10202512988466137_4741063485838323420_n

Kemudian majlis telah diserikan dengan persembahan oleh peserta akademi iaitu Amir Amrullah dan Shahirul Aiman dengan nasyid Sebiru Hari Ini. Seterusnya persembahan oleh AJK Prof iaitu Azwan, Qarafi dan Hasyimi dengan membawakan 3 lagu yang berunsurkan perpisahan, persahabatan dan juga lagu tema iaitu Gemuruh kemudian disusuli dengan video yang mengabungkan semua gambar aktiviti yang telah dilalui oleh peserta.

Akhir sekali para peserta dijemput ke sutuh MARA untuk makan sebagai penutup majlis pada hari tersebut. Menu nasi ayam yang dimasak khas oleh AJK PROF amat memuaskan hati para peserta yang dijamukan dalam dulang. Majlis tersebut diserikan dengan cabutan bertuah untuk 10 peserta. Sesi bergambar ada penutup Majlis Graduasi PROF Gen III sesi 2014/2015.

Ketika akhir sebuah perjalanan akan menjadi awal perjalanan yang lain, dan sebuah perpisahan akan menjadi pertemuan dengan sesuatu yang baru.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :