Color NEW

Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih berada dalam nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi sejak sekian lama. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan juga sahabat-sahbat baginda. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya, dan sentiasa memperoleh petunjukNya dalam setiap urusan. Seperti semua sedia maklum, tarikh Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah kali ke 7 hampir tiba. MTC ialah satu medan untuk ahli PERUBATAN memberikan pendapat dan muhasabah sepanjang satu sesi untuk penambahbaikan PERUBATAN itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, setelah mengambil kira muhasabah MTC sesi lepas serta memberi ruang kepada mahasiswa Fakulti Pergigian menghadiri program yang telah mereka usahakan pada malam tersebut, pihak ahli jawatankuasa pelaksana MTC dan dipersetujui oleh semua pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2014/2015 telah meletakkan bahawa MTC ke 7 akan berlansung selama dua hari. Slot muhasabah telah dipanjangkan dan MTC ke 7 akan ditamatkan selepas waktu Asar 20 Februari 2015.

Berikut ialah butiran mengenai pindaan tarikh dan masa berlansungnya MTC ke 7 :

Tarikh : 19 & 20 Februari 2015
Hari : Khamis dan Jumaat
Masa : 5.30 petang (Khamis) & 7.30 pagi (Jumaat)
Tempat : Pusat Konvensyen Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah

Diharapkan dengan pindaan ini, semua ahli PERUBATAN dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke-7. Semoga segala urusan yang berkaitan akan berjalan dengan lebih lancar insyaAllah.

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

DSC_0788

Ahmad Naufal bin Nordin
Pemangku Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2014/2015

DSC_0810

Nurdiyana binti Hasbullah
Timbalan Setiausaha
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2014/2015

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :