logo     بسم الله الرحمن الرحيم

          السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih berada dalam nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi sejak sekian lama. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan juga sahabat-sahabat baginda. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya, dan sentiasa memperoleh petunjukNya dalam setiap urusan.

Alhamdulillah, dengan kepulangan para graduan batch ‘Doctors of 2014’ kembali ke tanah air menandakan berakhirnya juga tempoh bertugas bagi Pengarah dan Timbalan Pengarah Unit Bait Muslim  (UBM) PCI  yang disandang oleh saudara Muhammad Afiq bin Muhammed Fahimy dan Sarah Suraya binti Zaman. Kami di pihak pimpinan PCI mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penggerak UBM PCI yang banyak menyumbang dalam membangunkan dan menjaga kebajikan komuniti UBM Iskandariah.

Sehubungan dengan itu, setelah dipersetujui oleh semua pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2014/2015, jawatan bagi Pengarah UBM PCI sesi 2014/2015 akan disandang oleh saudara Muhammad Rushdi bin Mohd Ali manakala bagi jawatan Timbalan Pengarah akan disandang oleh saudari Nur Adilah binti Abd Hamid. Segala urusan dan gerak kerja berkaitan UBM boleh berhubung terus dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah baru yang telah dilantik.

 

Pihak Jaringan Musyrif (JAMU) juga sedang menghadapi sedikit halangan dimana Timbalan Pengarah iaitu saudari Siti Suhaila binti Mohamad Sharif terpaksa pulang ke Malaysia atas faktor kesihatan. Kini jawatan beliau dipangku oleh saudari Nur Raihan binti Ahmad. Sebarang urusan berkaitan khidmat musyrif boleh berhubung dengan Pengarah JAMU iaitu saudara Muhammad Hasif bin Ramli dan pemangku Timbalan Pengarah yang telah dilantik.

Di sini disertakan nombor telefon yang boleh dihubungi ;
Pengarah JAMU : Muhammad Hasif bin Ramli – 01141430024

Pemangku Timbalan Pengarah JAMU : Nur Raihan binti Ahmad  – 01116626190

Besarlah harapan kami agar ahli PCI cakna akan pelantikan dan pemangkuan ini. Semoga  segala urusan berkaitan akan berjalan dengan lebih lancar in sha Allah.

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

AHMAD ABID BIN AMIN

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah,

Sesi 2014/2015.

 

 

 

NUR SHAQUERIN BINTI SAHUDDIN

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah,

Sesi 2014/2015.

 

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :