Mata adalah sejenis organ yang sangat unik. Maha Suci Allah yang menjadikan mata ini dengan penciptaan yang tiada bandingannya. Jika diteliti akan penciptaan mata ini, akan bertambahlah rasa kagum dan iman kita terhadap Allah S.W.T. Malah segala penciptaan Allah yang lain jika di amati sebagaimana Allah menjadikan setiap planet-planet di alam semesta yang beredar mengikut orbit masing-masing tanpa ada yang mendahului yang lain, maka akan lahirlah keinsafan dalam diri bahawa diri ini sangat kerdil ibarat semut hitam di tengah-tengah padang pasir yang sangat luas. Firman Allah S.W.T :

لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ

Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing ( Surah Yasin Ayat 40)

Mitos tentang Mata

“Jangan duduk dekat dengan tv, nanti cepat rabun”

Kenyataan ini selalu kita dengar dari mulut orang-orang tua yang menasihati mereka, terutama kanak-kanak yang menonton televisyen pada jarak yang dekat agar menjauhkan diri sedikit dari televisyen tersebut kerana dikhuatiri akan menjejaskan penglihatan. Namun, apakah kenyataan ini benar?

Jawapannya adalah tidak. Kenyataan ini sebenarnya tidak benar sama sekali. Menurut Dr. Lee Duffner yang merupakan seorang doktor mata di  American Academy of Ophthalmology, menyatakan bahawa menonton televisyen terlalu lama atau pada jarak yang dekat sebenarnya tidak memberi kesan buruk pada kadar penglihatan atau pada fizikal mata itu sendiri. Namun, apa yang berlaku adalah otot-otot yang terdapat pada mata menjadi penat  ataupun eyestrain of the muscle of the eyes disebabkan kerja yang berlebihan yang dilakukan oleh otot-otot tersebut ketika menonton televisyen.

Jadi, apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang menjadi rabun jauh ataupun  rabun dekat? Bagi mernjawab persoalan ini, perlulah kembali kepada ilmu asas berkenaan mata iaitu ilmu ophthalmology yang kebiasaannya dipelajari oleh pelajar yang mengambil jurusan perubatan atau sains kesihatan. Dicatatkan di dalam buku teks Ophthalmology, Fakulti Perubatan Unversiti Iskandariah, antara sebab berlakunya masalah rabun jauh atau dekat adalah disebabkan perubahan pada dua faktor yang berkait rapat dengan mata iaitu:

  1. Panjang bola mata (Axial length)
  2. Kuasa biasan kornea dan lensa mata(Power of the cornea and crystalline lens) yang dipengaruhi pula oleh dua komponen iaitu kelengkungan kornea (corneal curvature) dan indeks pembiasan.(Refractive indices)

Formula untuk memahami permasalahan ini:

  • Apabila kelengkungan kornea meningkat, maka kuasa biasan oleh kornea dan lensa mata akan meningkat dan sebaliknya
  • Apabila indeks pembiasan (yang dipengaruhi oleh beberapa sebab lagi) meningkat, maka kuasa biasan oleh kornea dan lensa mata akan meningkat juga dan sebaliknya.

Jadi, apabila  bola mata menjadi panjang lebih daripada yang biasa ataupun kuasa biasan oleh kornea dan lensa mata meningkat, biasan gambar yang sepatutnya terkena pada lapisan retina (lapisan yang akan menghantar rangsangan gambar tersebut ke otak) akan terbias lebih awal dan ini dipanggil Myopia dalam istilah perubatan atupun rabun jauh. (Rujuk rajah di bawah.)

mata 1

Sebaliknya, apabila panjang bola mata berkurang dari yang biasa ataupun kuasa biasan oleh kornea dan lensa menurun, maka biasan gambar yang seharusnya terkena pada lapisan retina akan terbias dibahagian belakang retina. Keadaan ini disebut sebagai hypermetropia atupun rabun jauh. (Rujuk rajah dibawah)

mata 2

Kesimpulannya menonton televisyen pada jarak yang dekat atau membaca buku pada lampu yang malap atau selalu menggunakan komputer riba dalam masa yang lama tidak akan menyebabkan kemerosotan pada penglihatan kerana perkara-perkara tersebut bukanlah faktor penyebab. Sekalipun memang benar ada berlaku masalah pada penglihatan dalam situasi begini, maka berkemungkinan besar ada faktor lain yang menjadi penyebab.

Wallahualam.

Rujukan:

Ditulis oleh:

Khairul Anuar Bin Bahrim
Tahun 4 Perubatan
Universiti Iskandariah

dengan kerjasama:

Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :