logo

Bismillahirrahmanirrahim.

Perkembangan dan peningkatan persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah dari tahun ke tahun memberi impak positif kepada ahli keseluruhannya. Pelbagai program berskala mega, sederhana mahupun kecil dijalankan bagi memenuhi kehendak ahli juga pembawaan tahunan persatuan. Walaubagaimanapun, usaha yang dilakukan tidak akan berhasil tanpa perancangan yang mapan bermula daripada sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilancarkan.

Ini membawa kepada keperluan untuk pucuk pimpinan menilai sejauh mana keberkesanan setiap program mahupun aktiviti pelbagai skala. Justeru, satu usul telah dibentang dan dibahaskan pada MTC ke- 5 bertarikh 16 Februari 2013. Matan yang telah diusulkan berbunyi ;

“Memantapkan sistem penilaian dan pengurusan persatuan dengan penambahbaikan unit Research and Development (R&D) atau sebarang gerak kerja yang berkaitan”.

Usul ini telah diterima dan disepakati oleh ahli dewan sekaligus menyaksikan permulaan kepada penubuhan satu panel pengkaji, menjadi pihak check and balance kepada PCI.

Penubuhan panel RnD telah bermula pada sesi pentadbiran lepas, dengan perbincangan lumat antara Majlis Tertinggi PCI diketuai oleh Naib Pengerusi dan dibentangkan kepada AJKT PCI sesi lepas juga. Alhamdulillah, selepas melalui beberapa siri perbincangan hala tuju penubuhan panel ini, maka wujudlah secara rasmi panel Research and Development PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang diketuai oleh saudara Raja Shahrizad seiring dengan penubuhan panel di peringkat pusat.

Diharapkan, dengan bergeraknya panel RnD pada sesi kali ini, mampu memberi impak positif kepada ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Sekian, terima kasih.

 

“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”        

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

 

 

alepkecil

MOHAMAD ALIF AKMAL BIN ABD RAHIM
NAIB PENGERUSI I,
PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH,
SESI 2014/2015

 

ainikecil

AINI HAFIZAH BINTI SALLEH
NAIB PENGERUSI II,
PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH,
SESI 2014/2015

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :