logo

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

         Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiqNya.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga kita tergolong sebagai ummat Muhammad yang mendapat syafaatnya kelak.

        Seperti yang semua sedia maklum, percutian musim panas bagi tahun klinikal sudah bermula bagi tahun 4 Perubatan dan akan disusuli oleh tahun 5 Perubatan pada bulan 10. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan pemangkuan kekosongan jawatan AJKT fasa kedua (Pemangkuan AJKT Tahun Klinikal).

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT di Mesir dalam tempoh percutian masing-masing, kekosongan jawatan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut :

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Senarai Pemangkuan Portfolio AJKT PCI Fasa Kedua

  1. a) AJKT Ikhwah

 

No. Biro Pemangku Tempoh
1. Setiausaha
Muhammad Syafiq bin Nordin
Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar 3/10/2014 – 10/11/2014
2. Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP)
Muhammad Naji-Ullah Nur Iman bin Azlan
Mohamad Alif Akmal bin Abdul Rahim 5/9/2014 – 14/10/2014
3. Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL)
Farhan bin Lokman
Muhammad Faris bin Zulkifli 3/9/2014 – 9/10/2014

 

  1. b) AJKT Akhwat
No. Biro Pemangku Tempoh
1. Timbalan Biro Pembangunan Insan (BPI)
Nur Zakiah binti Zahari
Aini Hafizah binti Salleh 9/9/2014 – 1/10/2014
2. Timbalan Biro Akademik (BCAD)
Nur Amalina Allaudeen
Nik Qistina Nabihah Nik Abdul Malik 5/9/2014 – 11/10/2014

 

Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCI memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

abidkecil

AHMAD ABID BIN AMIN

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah,

Sesi 2014/2015.

 

 

shaqkecil

NUR SHAQUERIN BINTI SAHUDDIN

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah,

Sesi 2014/2015.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :