1. Biro Pembangunan Insan

a) Apakah fungsi Unit Quranic PERUBATAN? Apakah manfaat yang saya boleh dapat?
b) Apakah Risalah Al-Munzir?
c) Bagaimakah Unit Fiqh PERUBATAN bergerak?

 a) Unit Quranic PERUBATAN (UQP) adalah satu unit yang diselaraskan penubuhan diseluruh muhafazah. Bagi UQP Iskandariah, unit ini diletakkan dibawah rakan huffaz bagi tahun pre-klinikal dan hanya 2 wakil dari setiap tahun klinikal. Setiap AJK unit dibawah rakan huffaz serta wakil tahun klinikal akan dipusatkan dibawah unit UQP induk Iskandariah. Perjalanan dan pengurusan program akan dikendalikan oleh tahun masing- masing. UQP berfungsi untuk perbincangan berkisar tentang tajwid dan tafsir. Silibus yang lengkap sedang disusun. Bagi mendapat manfaat dari unit ini, setiap ahli boleh mengikuti sebarang program anjuran AJK UQP di batch masing-masing. Sebarang idea atau cadangan program yang menarik bolehlah diberikan terus kepada kami atau lebih dekat kepada AJK batch masing-masing.

 b) Al-Munzir adalah salah satu risalah rasmi PCI yang diedarkan 2 kali sebulan. Pembahagiannya adalah mengikut rumah. Pengagihan al-munzir akan diserahkan oleh ajk kepada wakil UPI setiap batch. Jika anda tidak mendapatkan risalah ini mengikut kekerapan yang sepatutnya pada bulan itu, bolehlah menghubungi wakil UPI batch masing-masing atau jika tiada juga, terus kepada kami melalui sebarang medium komunikasi.

c) Unit Fiqh PERUBATAN, unit ini juga adalah satu unit yang sedang dalam proses pengukuhan diseluruh muhafazah, namun pelaksanaan di setiap muhafazah adalah berbeza mengikut kesesuaian. Bagi PCI unit ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Perbincangan telah dibuat bagi menggerakkan unit ini namun kerana beberapa kekangan dari segi kesukaran mendapatkan pengisi serta takwim peperiksaan ahli yang sudah mula menghadapi peperiksaan beberapa perancangan perlu ditangguh ke semester hadapan.

 

  1. Biro Ekonomi (BIKON)

a) Adakah PCI mempunyai cadangan untuk mengadakan jualan barang Malaysia secara konsisten?

 a) Kami membuat solusi sejak kenaikan kami bahawa kita sebagai pelajar perubatan tiada kapasiti dan kemampuan untuk menguruskan sebuah kedai yang sempurna dan mantap pengurusan.  Semua barangan kami dibeli dari Kaherah dengan harga sedia ada dan perlu dinaikkan harga di Iskandariah untuk menampung bajet dan modal.  Kami tiada kapasiti dan masa sebagai pelajar untuk mengendalikan sepenuhnya pembelian di Malaysia, kargo ke Iskandariah dan penjualan dengan harga yang murah berbanding kedai lain.

 

  1. Panitia Perancang

 a) Mengapa program jaulah pada sesi ini tidak dijalankan?
b) Mengapakah  LINGO tidak aktif seperti tahun lalu?

a) program jaulah utk sesi kali ini masih belum dapat dibuat atas sebab beberapa kekangan termasuk keadaan politik mesir yang tidak stabil, namun untuk masa yang akan datang pihak PCI akan cuba mencari tarikh dan masa yg sesuai utk membuat jaulah setelah mengambil kira faktor-faktor tersebut.

b) LINGO sedang mengalami penjenamaan semula dan telah dijadikan sub-unit kecil di bawah BSAL. Beberapa siri perbincangan telah di adakan dan pelaksanaan akan berlangsung pada penggal yang akan datang.

 

  1. Biro Kebajikan (BCARE)

a) Apakah solusi PCI perihal masalah visa?
b) Gerak kerja PEACE yang agak lewat menyebabkan kurang penglibatan  pelajar pergigian.

 a) Masalah Visa

Masalah ini sebenarnya sudah lama menjadi isu dalam kalangan pelajar, baik di peringkat perubatan ataupun pergigian. Antaranya adalah disebabkan oleh sistem pengurusan pihak imigresen yang kurang teratur dan masih menggunakan sistem bertulis, yang menyebabkan kelangsungan proses visa agak terbantut. Untuk pengetahuan, kelancaran aplikasi visa ini adalah di luar bidang pihak universiti dan PERUBATAN, dan tidak lebih daripada berperanan sebagai pemudahcara bagi pelajar.  Tetapi, ia bergantung kepada sistem semasa  Jabatan Imigresen Mesir dan kerajaan Mesir itu sendiri (Gabenor/Datuk Bandar).

Namun begitu, beberapa siri tindakan susulan dan alternatif dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya adalah pertemuan antara Pengarah MARA Mesir, Ustaz Sofi Bin Abdullah dan AJKT Biro Kebajikan (BCARE) bersama pihak imigresen dan universiti. Di peringkat perubatan, satu sistem baru  yang dipersetujui oleh BCARE dan pihak universiti adalah penghantaran dan permohonan visa pelajar kepada universiti secara berperingkat (bilangan tetap passport) mengikut batch bagi mengurangkan lambakan passport di pejabat universiti atau imigresen.

Manakala di peringkat pergigian, antara masalah yang dihadapi adalah kekurangan tenaga kerja di pihak universiti bagi menampung hampir 240 pelajar pergigian, iaitu hanya seorang sahaja yang bertanggungjawab untuk urusan ini dan pemberitahuan tentang tarikh luput lesen visa pada akhir sesi pembelajaran fakulti pergigian.  Masalah Ini merupakan satu  muhasabah yang perlu dititikberatkan memandangkan kebanyakan visa pelajar pergigian tidak dapat diselesaikan.

Justeru, antara resolusi dan tindakan yang telah dan sedang kami usahakan adalah:-

i) Berhubung dan berbincang dengan pihak universiti secara terus-menerus bagi menangani masalah ini.

ii) Kami akan menyediakan satu panduan khusus untuk permohonan visa bagi pelajar yang berhasrat untuk membuat visa sendiri.

iii) Ketiga, sebarang permasalahan pelajar akan sentiasa dibangkitkan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Education Malaysia-Egypt (EME) seperti masalah visa, fail pelajar dan sebagainya.
b) Gerak kerja PERUBATAN For PEACE & CARE (PEACE) agak lewat kepada pelajar Pergigian

PEACE adalah merupakan unit (Sub-Biro) di bawah kelolaan Biro Kebajikan (BCARE), dan PEACE juga mempunyai carta organisasi dan jawatankuasa yang lengkap sebagaimana BCARE, iaitu mempunyai Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha dan seterusnya.

Sejurus selepas berlabuhnya tirai Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah pada 28 Februari 2014, Kesemua Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) 7 biro perlu menumpukan dan melengkapkan organisasi di bawah biro masing-masing dan perlu merangka gerak kerja biro terlebih dahulu sehingga lancar dan stabil. Kemudian, barulah AJKT akan beralih kepada Sub-Biro masing-masing dan melengkapkan organisasi sebagaimana biro sebelum ini.

Untuk pengetahuan, sekarang PEACE  berada dalam fasa pembinaan dan pengukuhan dalam gerak kerja, selepas pelancaran PEACE pada 24 Mac 2013, bagi menggantikan AQSA PERUBATAN. Tambahan pula, program dan aktiviti yang dirancang oleh setiap biro mestilah tidak bertindan dengan biro-biro yang lain, bagi memaksimumkan penglibatan ahli dalam sesuatu program. Dan ia juga mengambil kira tarikh dan jadual peperiksaan pelajar bagi merancang sesuatu program supaya pelajar boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran dengan sepenuhnya, terutamanya kepada pelajar fakulti pergigian, yang sentiasa mempunyai jadual peperiksaaan yang tidak menentu.

Namun, penglibatan pelajar pergigian dalam setiap program juga perlu dititikberatkan memandangkan saban tahun berlakunya peningkatan pelajar pergigian di Iskandariah. Di peringkat PEACE, antara resolusi yang boleh kami ambil adalah:-

Menguar-uarkan dan mempromosikan kembali program/aktiviti PEACE kepada pelajar pergigian sejurus bermulanya sesi semester akan datang, serta menggalakkan penglibatan mereka secara langsung  ke dalam setiap program yang dianjurkan.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :
  • Syafiq Syafana

    Bismillah. Setakat ini biro-biro yang tertera di atas antara biro yang popular diajukan soalan. Adapun untuk biro yang lain, kebanyakannya lebih kepada memberi muhasabah dan penambahbaikan yang tidak memerlukan kepada penerangan terbuka.

  • Capt Teemo

    bagaimana pula dengan Biro-biro lain? Akan dipost atau mmg tiada?

    • Ahmad Naufal

      Memang tiada soalan kepada biro-biro lain..
      sebarang aduan ialah berbentuk khusus kepada biro yang hendak diadu