malaysian-passport

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan Iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiqNya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga kita tergolong sebagai ummat Muhammad yang mendapat syafaatnya kelak.

Seperti yang semua sedia maklum, pelajar tahun 1, 2 dan 3 dalam bidang perubatan dan seluruh pelajar pergigian Universiti Iskandariah berada dalam tempoh percutian musim panas. Sehubungan dengan itu, kami di peringkat Biro Kebajikan (BCARE) Iskandariah mengambil inisiatif untuk menyediakan satu pelan tindakan & panduan bagi membantu pelajar dalam proses pemohonan visa di Malaysia.

Hal ini demikian kerana bagi memudahkan para pelajar dalam urusan pemohonan visa di Malaysia terutamanya bagi pelajar yang tidak sempat untuk menyelesaikan visa mereka di Mesir. Selain itu, antara tujuannya juga adalah untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang timbul sekiranya ketiadaan visa apabila pulang ke Mesir nanti.

 

Berikut adalah beberapa panduan untuk permohonan visa di Malaysia:-

 

1. SENARAI KEPERLUAN UNTUK PEMOHONAN VISA

a. Pasport asal (minimum 6 bulan daripada tarikh luput)

b. Gambar pasport latar belakang putih (6cm x 4cm) – 1 Keping

c. Salinan kad pelajar/surat tawaran universiti/tasdiq kuliah – 2 keping

d. Salinan muka depan pasport – 2 keping

e. Salinan cop Ketibaan (Arrival) – 2 Keping

f. Salinan cop visa yang paling akhir – 2 Keping

g. Borang pemohonan visa (boleh didapati di kaunter pos keselamatan kedutaan)

h. Cadangan anggaran wang untuk segala pengurusan : RM 160 – RM 180
(Tertakluk kepada perubahan)
 

2. TIPS & PANDUAN PEMOHONAN VISA

1. Sediakan wang secukupnya dan dokumen selengkapnya untuk urusan pemohonan visa

2. Bawa peralatan tulis (Pen, Stapler, Gam dll)

3. Alamat :- No. 12, Jalan Ru, Off Jalan Ampang Hilir, 55000, Kuala Lumpur, Malaysia

4. Waktu operasi adalah pada:

a. Hari : Isnin – Jumaat

b. Jam : 10.00 – 12.00 tengahari

5. Digalakkan untuk membuat pemohonan visa sebulan sebelum tarikh penerbangan ke Mesir.

6. Nombor yang boleh dihubungi: 03-42568184/ 03-42568745

 

3. CARA PEMOHONAN VISA DI MALAYSIA

1. Dapatkan Borang di pos keselamatan kedutaan, isi & hantar, bersama dengan lampiran/dokumen yang perlu disertakan.

2. Nombor giliran/tarikh dijangka siap akan diberikan (maksimum seminggu) & simpan dengan sebaiknya.

3. Datang pada tarikh yang ditetapkan & lakukan pembayaran.

4. Selesai.

 

4. SOALAN & JAWAPAN (FAQs)

1. Bilakah kebiasaannya visa boleh siap?

– Dalam tempoh 3-5 hari bekerja

2. Lokasi pemohonan visa.

– Kalau dari Jalan Ampang (menuju ke arah Kuala Lumpur City Centre KLCC) , petanda simpang adalah stesen minyak petronas & kedai perabot (Lorenzo), iaitu kedua-duanya berada di sebelah kiri. Masuk ke kiri (Jalan Ru) & terus.

– Kedutaan mesir berada di sebelah kiri, betul-betul berdekatan simpang tiga, iaitu sebelum masuk ke Jalan Ampang Hilir. (Sila rujuk gambar peta di bawah)

– Pengangkutan awam yang boleh digunakan adalah :-

a. Keretapi (Kelana Jaya Line), berhenti di Stesen Jelatek (KJ6) & perlu untuk menaiki teksi.

b. Keretapi (Ampang Line), berhenti di Stesen Ampang (AG8) & perlu untuk menaiki teksi.

c. Bas RapidKL yang menuju ke arah Kuala Lumpur City Centre (KLCC) & berjalan kaki (300 meter)

d. Teksi. (Terus ke alamat Kedutaan)

5. Adakah pelajar boleh diwakili oleh waris bagi pemohonan visa?-

– Boleh, tiada masalah & pastikan semua dokumen lengkap.

6. Berapa lama tempoh visa ini?

– 3 bulan

7. Adakah boleh menggunakan visa on arrival (VOA)?

– Digalakkan untuk membuat visa di Malaysia, kerana keadaan Mesir sekarang ini tidak menentu dan tidak stabil sepenuhnya, terutamanya dalam aspek politik & keselamatan.

8. Bagaimanakah sekiranya dokumen di atas tidak lengkap/mengcukupi?

– Anda boleh menggunakan sebarang dokumen yang menyatakan anda adalah pelajar Mesir, seperti kad pelajar EME, slip keputusan peperiksaan dan sebagainya.

Semoga dengan adanya inisiatif ini dapat sedikit sebanyak membantu pelajar dalam urusan pemohonan visa di Malaysia.

 

Peta ke Kedutaan Mesir di Malaysia

Peta ke Kedutaan Mesir di Malaysia (klik untuk besarkan)

 

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi :-

lohkecil

Abdullah Bin Mohd
+20114 155 7200 (Telefon & WhatsApp)
sprint_test99@yahoo.com
Ketua Biro Kebajikan (BCARE),
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2014/2015

 

fahimahkecil

Nur Fahimah Binti C Baharudin
+60132373644 (Telefon)
+201159648453 (WhatsApp)
fahimahbaharudin@gmail.com
Timbalan Ketua Biro Kebajikan (BCARE),
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2014/2015.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :
  • MUHAMMAD S.A.W

    BISMILLAH HAMBA ALLAH UTUSAN ALLAH MUHAMMAD S.A.W, HAMBA INI BUTA HURUF, UMMI 1400 TAHUN DAHULU TIDAK ADA PASPORT LA VISA LA, KERANA MUHAMMAD S.A.W BEBAS BERGERAK DI BUMI ALLAH SERATA ALAM, JIKA MENGIKUT PERATURAN KALIAN HAMBA BOLEH IKUT TETAPI MENGAPA KALIAN SUSAHKAN HAMBA YANG HINA INI BUTA HURUF, ALLAH TELAH BERI ONLINE, KENAPA MANUSIA TIDAK ADA ONLINE, JIKA BERANI HANTAR LA PASPORT BUATAN MANUSIA YANG KALIAN BUAT ITU, SIAPKAN DAN HANTAR KE ALAMAT TUMPANGAN HAMBA DI MUAR BANDAR DIRAJA JOHOR, MALAYSIA. HAMBA INGIN TERBANG KESELURUH ALAM, JUTAAN TERIMA KASIH BAGI YANG MEMBANTU HAMBA, MOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN PAHALA TIDAK TERHINGGA, AMEEN.