logo

Assalamualaikum wbt.

Sehubungan dengan perkara di atas, Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) Sesi 2014/2015 menetapkan penangguhan (tawaquf) setiap program PCI peringkat Iskandariah adalah seperti berikut:

Fasa 1 (pergigian) 16 Mei – 1 Jun

Fasa 2 (pre-klinikal) 18 Jun – 2 Julai 2014

Fasa 3 (klinikal) 14 Ogos – 23 Oktober 2014

Beberapa fasa telah ditetapkan atas sebab perbezaan tarikh peperiksaan untuk setiap tahun dan jurusan. Penangguhan program adalah merujuk kepada bermulanya peperiksaan akhir semester bagi mahasiswa/i Perubatan Tahun 1 sehingga Tahun 6 dan Pergigian.

 Bagi program umum PCI, pertimbangan pelepasan program adalah merujuk kesesuaian tarikh di atas dan kesesuaian kumpulan sasaran.

Justeru, beberapa program telah dipertimbangkan di peringkat Panitia Perancang sebagai pengecualian untuk dilaksanakan pada bulan Ogos, September & Oktober bagi memenuhi keperluan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

 Antara program yang terlibat adalah :

Tafaquh Fiddeen

Exam Fever Campaign(EFC)

Program/Aktiviti berskala kecil Organisasi Batch PCI

DAWA’

SAADAH

AHLAN

 Sebarang pengecualian aktiviti atau program yang lain perlulah dirujuk pada Panitia Perancang PCI dan akan diberikan pengecualian untuk dilaksanakan setelah dipertimbangkan dan diluluskan di peringkat Panitia Perancang PCI.

Justeru,kami di pihak kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah menyarankan ahli untuk meletakkan prioriti dan keutamaan sebaiknya. Semoga dengan berkat usaha,doa dan tawakal yang berterusan,ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah [PCI] dikurniakan kecemerlangan dan kejayaan di dalam peperiksaan kali ini. Tidak lupa juga untuk menempa kejayaan kita di akhirat kelak.

Wallahua’alam

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

alepkecil

MOHAMAD ALIF AKMAL BIN ABD RAHIM
NAIB PENGERUSI I,
PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH,
SESI 2014/2015

ainikecil

AINI HAFIZAH BINTI SALLEH
NAIB PENGERUSI II,
PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH,
SESI 2014/2015

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :