“Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa.”

(HR Tirmidzi)

 ‘Cuti’ merupakan suatu perkataan yang boleh membuatkan semua insan gembira dan teruja menantinya. Para mahasiswa dan siswi juga tidak terkecuali apabila bercakap soal cuti, sudah pasti ada yang siap buat countdown lagi. Ada yang balik bercuti di Malaysia bersama keluarga tercinta. Ada yang berpeluang merantau ke negara orang dan ada juga mereka yang menetap di lokasi sedia ada untuk menikmati cutinya. Tidak kiralah cuti musim panas mahupun musim sejuk, makna ‘cuti’ dari kaca mata seorang muttaqin adalah ia merupakan masa lapang yang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah dengan niat untuk meraih keredhaan sang penciptanya. Hal ini kerana, apabila masa itu tidak terisi dengan kebaikan maka kebatilan-lah yang akan mengambil alih. Nauzubillah!

Berikut adalah beberapa idea aktiviti-aktiviti yang menarik untuk dilakukan sepanjang musim cuti kita:

Aktiviti bersama keluarga

Bagi mereka yang balik pulang ke tanah air untuk bersama keluarga, nah! ketika cuti inilah sebenarnya peluang keemasan yang Allah beri untuk kita meluangkan masa berkualiti disamping insan-insan tersayang. kita boleh membuat family trip atau family day pergi ke tempat tempat rekriasi, tak perlu tempat mahal tapi cukup untuk mendapatkan suasana ceria. Lakukan aktiviti memasak bersama,barbeku , berbasikal,berkelah, bersukan dan bersantai bersama-sama untuk meningkatkan kemesraan. Disamping itu, jadikan hari-hari biasa untuk meningkatkan rasa kasih di kalangan keluarga. Misalnya dengan solat berjamaah dan meluangkan waktu untuk makan bersama keluarga dan jadikan ianya rutin bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga.

Aktiviti bersama kawan

Percutian yang dirangka tentunya menjadi lebih bermakna apabila dilakukan bersama teman tersayang. Tidak kira bersama keluarga, mahupun rakan-rakan. Jika sebelum ini , anda tidak berpeluang menghabiskan masa untuk bersantai bersama mereka, maka ketika cuti inilah masanya untuk merapatkan jurang kemesraan yang agak lama ditinggalkan. Percutian reunion bersama rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa juga pasti bakal meninggalkan memori indah apabila ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti backpacking, camping, aktiviti sukan air, bon fire,memancing dan sebagainya. Untuk lebih menarik, lakukanlah  sesi Gift exchange sesama rakan anda.

Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)

Bagaimana Mahu Kerja Di Rumah

Bekerja sambilan

Ini merupakan satu aktiviti yang sangat lazim dilakukan oleh para mahasiswa untuk mendapat sedikit wang sebagai belanja ketika masuk semester nanti dan mendapat pengalaman. Ketahuilah bahawa pengalaman itu mematangkan diri dan bakal membentuk pemikiran yang lebih berdikari. Selain itu, mencari pekerjaan separuh masa atau sementara juga baik untuk kita mendapat pengalaman bekerja dan belajar bagaimana sistem perkerjaan itu berfungsi.

ilmiah

Membudayakan aktiviti ilmiah

Jadikan cuti kita lebih bermakna dengan mempersiapkan diri untuk menjadi seorang muslim yang hebat untuk islam dengan mengikuti usrah , menghadiri konferens , ceramah-ceramah agama mahupun membaca pelbagai bahan ilmiah. Walaubagaimanapun, bahan ilmiah yang dimaksudkan tidaklah terhad terhadap sesuatu bidang sahaja. Andai kata kita mengambil medic, apa salahnya untuk mengetahui tentang dunia masakan, ilmu hadith, akaun, engineering, ilmu feqah dan sebagainya.

jahit-71-copy1

Memasuki kursus atau kelas jangka pendek

Kursus jangka pendek ini berfungsi untuk mengajar masyarakat mengenai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Antara institusi yang mengajurkan kursus jangka pendek ialah Kolej Komuniti dan Giat MARA. Kursus-kursus seperti kursus menjahit, membaiki moto, adobe photoshop dan sebagainya tidak terdapat dalam silibus Kolej atau Universiti tetapi perlu dipelajari untuk kegunaan dalam kehidupan seharian. Para mahasiswa perlulah mengikuti kursus-kursus ini ntuk digunakan dalam kehidupan di kampus atau kehidupan di luar sana nanti. Kursus pendek ini paling sekejap ada di luar sana ialah satu hari dan paling lama ialah 6 bulan sahaja. Para mahasiswa tidak perlu risau tentang yuran pengajiannya kerana kursus-kursus ini yuran pengajian dia sangat berbaloi untuk di sertai.

jelajah-khidmat-masyarakat-melaka-tengah-024

Menyertai program-program Khidmat masyarakat

Para mahasiswa merupakan golongan belia yang mempunyai tenaga yang kuat dan idea yang bernas untuk disumbangkan kepada masyarakat. Di luar sana terdapat pelbagai NGO yang mahasiswa boleh berkhidmat sebagai sukarelawan. Program sukarelwan ini tidak terhad kepada program-program bersama anak yatim sahaja tetapi malangkaui itu. Program khidmat masyarakat juga boleh dilakukan dalam bentuk program membersih pantai atau sungai, crew program selawat atau berzikir, fasilitator kem, sukarelawan mangsa banjir, program bersama orang tua atau OKU atau pesakit di hospital dan sebagainya. Penglibatan golongan mahasiswa dapat banyak membantu NGO untuk menjayakan program khidmat masyarakat selain dapat membentuk seorang mahasiswa yang prihatin terhadap sekelilingnya.

Kesimpulannya, gunakan masa cuti untuk aktiviti yang berfaedah, bermanfaat, mendatangkan pahala dan diredhai Allah s.w.t. supaya kita termasuk orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.:

وَالْعَصْر (۱) إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (۲) إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (۳)

Maksudnya: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(Al-Asr: 1-3)

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :
  • Syahirah Erfolg

    Wahh…Pengisian yg baik dan padat..Nice job sister!!