بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, Yang maha Mengetahui setiap yang nyata mahupun yang tersembunyi. Bersyukurlah atas setiap nikmat yang dikurniakan tiada lebih utama dari nikmat iman dan Islam, serta mengizinkan kita untuk terus bernafas di muka bumi ini. Moga-moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat rahmat dan hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W atas usaha gigih baginda dalam menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh ummat sehinggalah sampai kepada kita hari ini.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Sebagai seorang hamba Allah di muka bumi, kita sangat dituntut dalam memudahkan urusan seorang mukmin yang lain dalam apa jua aspek termasuklah urusan keselamatan dan juga perumahan. Seperti yang sedia maklum, Facebook group ‘Alex Market’ telah digunakan secara meluas di kalangan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah sebagai medium perkongsian pelbagai jenis maklumat berkaitan isu semasa, perumahan, keselamatan, promosi, iklan dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, Jaringan Musyrif (JAMU) di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) dan Biro Perumahan (BHOME) PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan penjenamaan semula Facebook group ‘Jaringan Musyrif’ agar lebih berfungsi dan berfokuskan kepada hal-hal keselamatan dan perumahan. Oleh yang demikian, pada tanggal 19 Jun 2014 Facebook group tersebut telah dijenamakan dan diperkenalkan kepada ahli sebagai group ‘HnM ( House and Musyrif )’.

Idea ini wujud setelah melihat kesesakan di Facebook group ‘Alex Market’ dengan pelbagai jenis maklumat disebabkan ketiadaan medium khusus untuk ahli berkongsi maklumat tentang hal-hal keselamatan dan perumahan. Dengan wujudnya group ini, ahli dapat merujuk maklumat rasmi seperti jadual musyrif dan etika penggunaan musyrif, seterusnya dapat membantu ahli dalam urusan perumahan kerana ahli digalakkan berkongsi maklumat tentang : 1) Rumah kosong 2) Mencari ahli rumah 3) Maklumat berkaitan servis/perkhidmatan tentang perumahan Justeru itu, pihak kami amat mengharapkan agar semua warga PCI dapat memanfaatkan kewujudan group ini dalam usaha membina komuniti selamat dan harmoni.

Kerjasama semua amatlah dihargai dalam menjaga item-item posting di dalam group ini bagi mengelakkan group ini sesak mahupun dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan seperti iklan, promosi dan lain-lain.

Pautan Facebook group HnM ( House and Musyrif ) https://www.facebook.com/groups/jaringanmusyrifpci/

“Together we unite to serve community,” “Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati.”
Biro Perumahan,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
Sesi 2014/2015

ameenkecil

Ameen Husainy bin Anuar Husainy
Ketua Biro Perumahan
PERUBATAN Cawangan Iskandariah
sesi 2014/2015

linakecil

Nur Lina ‘Izzati binti Ruslan
Timb. Ketua Biro Perumahan
PERUBATAN Cawangan Iskandariah
sesi 2014/2015

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :