Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

800px-Looking_Up_at_Empire_State_Building
Kepentingan diri vs Kebersamaan

A : Insyaallah hari ini aku bertekad untuk menghabiskan 100 mukasurat. Jadi insyaallah dalam masa lima hari aku mampu menghabiskan satu buku.

Selang beberapa jam,masa yang diperuntukkan semakin habis tetapi helaian muka surat masih tidak berganjak seperti sepatutnya. Hari makin petang,jiwa sudah tidak tenang dan hati sudah meradang. Tiba -tiba seorang rakan mengetuk pintu bilik anda.

 B: Assalamualaikum. Muhd,aku tak faham lah bab tiga dan bab empat ni, dari mukasurat 64 sampai mukasurat 90. dah asar ni,baca sorang sorang mesti tak masuk. Boleh tak kau tolong ajar aku?

Apakah yang akan anda lakukan?

  1. Menolak dengan baik kerana masa anda untuk mengulangkaji sendiri pun tidak mencukupi
  2. Meletakkan kepentingan diri ketepi dan sudi menghulurkan bantuan kepada yang lebih memerlukan.

Setiap kita pasti pernah melalui situasi ini dan apapun pilihan yang kita ambil sudah tentulah telah kita pertimbangkan terlebih dahulu. Menjelang peperiksaan,lazimnya rasa takut dan pentingkan diri sendiri akan cepat menular. Dek kerana takutkan prestasi diri sendiri terjejas,kita lebih sanggup beruzlah daripada menggalas bebanan yang ada ini bersama.

Sedarkah kita,kerjaya dan profession kedoktoran ini memerlukan semangat kerjasama yang sangat tinggi. Tiada guna sekiranya di dalam satu pasukan,kita mempunyai seorang pakar yang bertaraf globalisasi sedangkan ahli ahli lain di dalam pasukannya masih lagi di peringkat glokalisasi. Sudah tentu kejayaan akan susah dikecapi. Begitulah juga sekiranya diaplikasikan dalam kehidupan sekarang,tiada guna kita berjaya seorang diri kerana akhirnya kita akan dihakimi secara menyeluruh.

Sudah tentu anda pernah mendengar ungkapan”mutu graduan timur tengah”, “kadar kecekapan graduan dari barat” dan bermacam lagi. Hal ini jelas menunjukkan di mana sahaja kita berada,kita akan dihakimi bersama. Jadi apa perlunya menjadi seperti enau di dalam belukar,melepaskan pucuk masing masing?

Sepatutnya bermula dari zaman pembelajaran di fakulti kita terapkan nilai kebersamaan dan saling berganding bahu dalam menghadapi ujian dan  peperiksaan. *tetapi bukannya di dalam dewan peperiksaan.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

 

Keberkatan dan Kejujuran

Honesty is the best policy.

Markah peperiksaan itu penting, klinik itu penting, osce itu penting, lisan itu penting, tetapi ramai yang lupa bahawa kejujuran dan keberkatan itu yang paling penting.

“Whoever is careless with the truth in small matters cannot be trusted with important matters”

― Albert Einstein

Satu hari kelak kita akan diamanahkan dengan perkara yang paling berharga buat setiap insan: nyawa. Bolehkah kita menipu dalam kita memperjudikan tentang nyawa? Mampukah kita berdalih dalam menangangi sesuatu perkara yang melibatkan nyawa? Sudah tentu tidak.oleh itu mengapa kita tetap mempraktikkan penipuan dan penyelewengan sekiranya kita tidak boleh mengaplikasikannya pada masa hadapan?

nocheat

One secret of success in life is for a man to be ready for his opportunity when it comes- Benjamin Disraeli

Mulakan dengan belajar untuk tidak meniru di dalam peperiksaan sama ada oral, osce, klinik waima pembentangan sekalipun. Cari keberkatan dengan menjaga ibadah,menghormati tenaga pengajar,datang awal ke kelas, mohon restu dan doa ibu bapa,dan mengulangkaji pelajaran setiap hari. Insyaallah apabila kita hidup dalam kejujuran, keputusan akan mendapat berkat.

Menjaga hubungan dengan Allah dan manusia

Calon A : Merupakan seorang pelajar yang sangat rajin beribadah. Beliau juga aktif beberapa organisai NGO dalam memperjuangkan nasib umat islam. Dek kerana terlalu sibuk dengan kelab dan organisasi beliau sering kepenatan di kelas,datang lambat dan hilang konsentrasi.

Calon B : Merupakan wakil persatuan pelajar. Beliau seorang yang ramah dan sangat disenangi oleh semua professor dan staff. Beliau merupakan pelajar yang aktif di kelas dan selalu menjadi tumpuan. Kesibukan dan keaktifannya seringkali membuatkan beliau meninggalkan solat lima waktu.

Calon C : Beliau tidak memegang apa apa jawatan,sentiasa memberi pertolongan apabila rakan rakan memerlukan. Hidupnya yang tidak terlalu aktif membolehkannya menumpukan perhatian penuh untuk mengulangkaji pelajaran setiap hari dan menjalani ibadah seperti biasa.

Sedar ataupun tidak sedar,dalam kita menghakimi ketiga tiga calon tersebut, ada dua ciri yang cuba kita ketengahkan. Pertama, calon manakah yang menjaga hubungan baiknya dengan Allah?

Kedua, calon manakah yang menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia?

Sekiranya kita mampu untuk mengadili perlakuan calon calon ini dengan kedua ciri ini,mengapa tidak kita mampu untuk menghakimi diri kita sendiri dengan menggunakan ciri ini. Soal diri sendiri,adakah aku menjaga hubungan baik dengan Allah? Adakah aku menjaga hubungan baik sesama manusia?

Persediaan awal dan konsisten belajar

 

 

Masih ingat akan kisah dalam situasi pertama? Sekiranya kita membuat persediaan awal dan rapi sudah tentu kita tidak akan teragak agak untuk membantu rakan yang sedang dalam memerlukan. Bagaimana untuk membuat persediaan awal?

3 langkah mudah :

1. Membaca pelajaran sebelum pelajaran diajarkan. Cara ini menjadikan kita lebih bersedia dan ‘familiar’ dengan ayat ayat yang bakal disampaikan.

2. Memberikan tumpuan yang penuh di dalam kelas, bertanya yang tidak faham dan mengajarkan kepada rakan yang kurang faham.

3. Mengulangkaji pelajaran yang diajarkan pada hari yang sama dan tidak menangguh kerja.

 “Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit.”

 

Surah hud: 12- maka beristiqamahlah sebagaimana kamu telah diperintahkan

Akhir sekali, yang paling penting ialah untuk sentiasa istiqamah dalam apa jua perkerjaan yang kita lakukan. Ikrarlah kepada diri, untuk beristiqamah sekurang kurangnya berapa jam sehari untuk menuntut ilmu. Mulakan dengan berjanji untuk belajar selama 30 minit sehari dan tingkatkan ikrar itu dari masa ke semasa.

Wallahualam,bittaufik!

Ditulis oleh,

Fatiha Ziqra binti Saharuddin
Tahun 4
Kuliah Perubatan
Universiti Iskandariah.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :