Montazah , 24 Mei 2014 – Petang yang hening telah menyaksikan ketekunan para peserta Akademi PROF GEN-3 mendengarkan pengisian yang telah disampaikan oleh Dr.Adibah Aminah di padang di Montazah berdepan dengan istana Raja Farouk. Pengisian yang bertajuk “Bermanfaat pada orang lain” merupakan salah satu elemen dalam “10 muwassafat tarbiah” yang merupakan modul utama pembawakan PROF GEN-3 kali ini.

rp1

rp2

Program diteruskan dengan aktiviti “Running Pro” yang bertujuan untuk memantapkan jasmani peserta setelah pemantapan rohani berlangsung pada awal program. Kelibat peserta kelihatan di setiap tempat yang menjadi ‘checkpoint’ dengan raut muka yang menampakkan kesungguhan mereka dalam memenangi ‘explorace’ ini. Aktiviti “Running Pro” ini secara tidak langsung telah melengkapi elemen kelima dalam “10 muwassafat tarbiah” iaitu sihat tubuh badan.

rp3

rp4

rp5

Ketibaan Pengerusi Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI), Ahmad Abid bin Amin beserta Setiausaha PCI, Muhammad Syafiq bin Nordin dan juga Timbalan Setiausaha, Nurdiyana bt Hasbullah di akhir program disambut meriah oleh para peserta. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi kumpulan yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi.

rp6

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :