APA ITU BATUK KERING (TB)?

Batuk kering adalah penyakit  berjangkit paru-paru yang disebabkan oleh bakteria (Mycobacterium Tuberculosis) .Penyakit TB ini boleh dirawat dan dielak.

batuk kering

BAGAIMANA TB MENULAR?

Penyakit TB biasanya akan menular dari satu individu kepada individu yang lain melalui udara yang tercemar dengan bakteria Mycobacterium Tuberculosis apabila pesakit yang menghidap aktif TB terbatuk, terbersin, bercakap mahupun menyanyi. Individu yang berdekatan berisiko tinggi untuk menghirup udara yang tercemar ini dan seterusnya dijangkiti TB.

TB TIDAK BERJANGKIT melalui:

  • Bersalaman
  • Berkongsi makanan dan minuman
  • Menggunakan cadar mahupun peralatan tandas
  • Berkongsi berus gigi
  • Bercium

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG YANG BERISIKO…

  • Semua golongan umur terutamanya golongan belia.
  • Penghidap HIV
  • Warga kesihatan yang berhubung rapat dengan pesakit TB.
  • Penghidap TB yang tidak dirawat dengan betul.
  • Orang yang mempunyai imunisasi yg rendah seperti malnutrisi, diabetis tanpa kawalan,kanser
  • Kanak-kanak
  • Orang yang merokok

DAN MEMPUNYAI SIMPTOM-SIMPTOM BERIKUT:

  • Batuk kronik (3 minggu dan ke atas)
  • Sakit di bahagian dada
  • Batuk berdarah
  • Hilang selera makan
  • Lemah-lemah badan
  • Hilang berat badan
  • Berpeluh di malam hari
  • Demam

JIKA YA, anda perlu menjalani ujian

ü  Ujian Mantoux

ü  Ujian darah khas TB

Jika POSITIF, anda akan diberikan ujian lain untuk mengenalpasti sama ada anda seorang penghidap latent TB atau aktif TB.

JIKA ANDA TERDEDAH DENGAN PESAKIT TB

Anda perlu menghubungi doktor anda yang terdekat atau jabatan kesihatan tempatan untuk mendapatkan ujian Mantoux atau ujian darah khas TB.Pastikan anda memberitahu bila anda berdekatan dengan pesakit TB ini.

TAHUKAH ANDA!

Seseorang yang terdedah kepada bakteria TB tidak akan terus menyebarkan bakteria tersebut kepada orang lain. Hanya orang yang mempunyai penyakit TB aktif sahaja yang boleh menyebarkan bakteria kepada orang lain. Sebelum anda mampu menyebarkan bakteria TB ini kepada orang lain, anda perlu menghirup bakteria TB ini terlebih dahulu dan dijangkiti dengannya. Maka bakteria ini perlu membiak di dalam badan anda dan menyebabkan penyakit TB aktif. Pada ketika ini, anda mungkin boleh menyebarkan bakteria TB kepada orang lain.

3D Character and Question Mark

Fakta Menarik tentang TB:

  • 24 mac adalah Hari TB sedunia
  • Batuk kering (TB) adalah pembunuh kedua terbanyak seluruh dunia selepas HIV dengan hanya satu agen berjangkit.
  • Pada tahun 2012, seramai 8.6 juta pesakit menghidap TB dan 1.3 juta kematian disebabkan oleh TB.
  • TB adalah pembunuh utama bagi pesakit yang menghidap penyakit HIV dengan kadar satu per lima dari seluruh penyebab kematian.
  • Multi-drug resistant TB (MDR-TB) direkodkan dalam hampir semua negara yg ditinjau (survey).
  • Kadar kematian TB menurun 45% di antara tahun 1990 dan 2012.

 

 

Dianggarkan sejumlah 22 juta nyawa berjaya diselamatkan melalui penggunaan DOTS dan Stop TB Strategy yang disyorkan oleh WHO

 

RUJUKAN

1)       http://www.cdc.gov/tb/publications/factsheets/general/tb.htm
2)     
http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs104/en/

Disediakan oleh :

Muhammad Hazim bin Zulkifli, dan
Nur Farhana binti Zainan,
Unit Intelektual dan Bahasa,
Biro Akademik,
PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :