TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Tingkat 3, asrama MARA 13 April 2014 – Orang kata tak kenal maka tak cinta. Telah diadakan program ‘Ice Breaking’ untuk Akademi PROF pada pukul 7 petang bertempat di tingkat 3 asrama MARA.
Program ini dijalankan bertujuan untuk bertaaruf sesama peserta dan juga AJK PROF itu sendiri.Program dimulakan dengan ucapan dari Pengarah PROF GEN III, Azwan Izat bin Rafaeh yang menyuarakan rasa gembira beliau dengan komitmen yang telah diberikan oleh peserta Akademi PROF untuk program pertama bersama ahli Akademi PROF ini.
Program diteruskan dengan slot Pengenalan PROF yang disampaikan oleh Pengetua Akademi PROF GEN III, Mohd Qarafi. Beliau menerangkan serba sedikit tentang objektif PROF, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PROF GEN II dan memperkenalkan AJK PROF GEN III.
Slot seterusnya adalah latihan dalam kumpulan(LDK) yang pertama bertajuk ‘Di manakah belonku?’. Peserta diminta untuk membentuk bulatan dan mereka diberikan seorang satu belon. Kemudiannya mereka diminta untuk meniup belon dan menulis nama masing-masing pada belon tersebut seterusnya mencampakkan belon tersebut ke tengah. Mereka telah ditanya apakah signifikasi aktiviti ini dijalankan dan Amir,salah seorang peserta telah memberikan jawapan yang sangat memberangsangkan iaitu kita sebagai manusia mempunyai identiti kita masing-masing. Campakkanlah ke mana sahaja namun identiti kita sebagai seorang muslim tak akan pernah hilang.

prof 17

prof 18

Mereka telah diberikan rehat selama 15 minit di mana pada waktu ini peserta telah diberikan ‘homework’ oleh unit Latihan dan Pembangunan, Aisyah Hasshim. Menerusi kerja rumah yang diberikan ini, diharapkan sifat amanah dapat diterapkan dalam diri setiap ahli.
Seterusnya adalah latihan dalam kumpulan(LDK) yang terakhir. Mereka ditempatkan dalam kumpulan masing-masing yang terdiri daripada 8 orang. Aktiviti kali ini mereka diminta untuk melukis potrait muka masing-masing dan melalui lukisan ini ahli kumpulan diminta untuk mengenal pasti siapakah dalam lukisan tersebut. Aktiviti secara berkumpulan ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli PROF itu sendiri di mana mereka akan lebih mengenali ahli kumpulan mereka sendiri dengan adanya sesi perkenalan.
Slot terakhir pada malam itu diisi dengan pembentangan buku log,sistem permarkahan dan etika peserta oleh Unit Kawalan dan Kualiti, Al-Imran Sharol Lail. Slot ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi fahaman peserta terhadap sistem yang dijalankan dalam PROF dan yang bakal mereka lalui sendiri kelak.
Kehadiran Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah(PCI), Ahmad Abid memeriahkan lagi program ‘Ice Breaking’ pada malam itu. Beliau telah memberikan sedikit ucapan sebelum berakhirnya program. Laungan lagu gemuruh menutup tirai program pada malam itu. Lagu tersebut merupakan lagu rasmi untuk PROF GEN III kali ini.

Gambar sekitar program

prof 19

Pengarah PROF memberikan ucapan

Pengarah PROF memberikan ucapan

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :