“ Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sesungguhnya, yang demikian itu mudah bagi Allah. ”

“ Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri ” {Al-Hadid:22-23}

SubhanAllah…Alhamdulillah…Syukur kepada Allah atas segala nikmat kebaikan yang telah diturunkanNya kepada kita.Ayat-ayat Quran!..Penuh dengan nasihat,penuh dengan kasih-sayangNya.Betapa Allah menyayangi hamba-hambanya walaupun kita sering futur untuk mengingatiNya.

England– Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian.

Seorang remaja lelaki dari Neswastle, England, Danny Bowman,19, menghabiskan masa hampir 10 jam setiap hari untuk mengambil kira-kira 200 keping gambar diri sendiri yang dikenali sebagai selfie menggunakan telefon bimbit.

Tabiat pelik yang membelengu remaja lelaki itu pada tiga tahun lalu telah memakan dirinya sendiri apabila dia hampir membunuh diri. Danny telah giat memuat naik gambarnya di laman sosial ketika umurnya masih 15 tahun. Komen-komen negatif pengunjung laman sosialnya telah menyebabkan tahap keyakinan Danny merudum.

“Ada di antara mereka mengatakan hidung saya terlalu besar untuk muka saya dan salah seorang daripada mereka mengutuk kulit saya” kata Danny kepada media.

Jom Selfie

“Selepas itu, saya telah mula mengambil banyak gambar sendiri untuk mendapat pujian daripada kawan-kawan saya. Saya akan berasa bangga apabila mereka memuji saya dan berasa tergugat apabila mereka menulis ayat-ayat yang mengutuk saya” kata Danny.

Keyakinan Danny semakin menurun apabila dia telah ditolak oleh agensi model pada tahun 2011.”Mereka mengatakan bahawa badan saya tidak sesuai untuk dijadikan model dan kulit saya tidak bertepatan dengan ciri yang mereka telah tetapkan. Saya berasa sungguh kecewa kerana impian saya adalah menjadi model”.Hal ini merupakan titik permulaan ketagihan Danny. Ketagihan untuk mengambil gambarnya sendiri, dikategorikan sebagai penyakit mental iaitu dismorfik. Dismorfik adalah penyakit yang menyebabkan penghidapnya berasa bimbang dengan rupa fizikalnya dan sentiasa merasakan kekurangan padanya.

Jom Selfie 2

Ujar Danny,
“Setiap pagi saya akan bangun awal dan mengambil berpuluh-puluh gambar sendiri dan saya akan mengambil masa berjam-jam untuk meneliti satu persatu gambar tersebut sebelum ke sekolah”.Danny juga akan mengambil setiap gambar-gambar pelakon Hollywood terkenal, Leonardo de Caprio untuk mendapatkan idea, tetapi sering kecewa kerana merasakan dirinya tidak setanding dengan pelakon tersebut.

Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar.Danny juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya.Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny.

Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya. “Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri.

“Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa,” kata Danny.

Kini, dia yang mula memuat naik “selfie” di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu.
“Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa”.“Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya”.

Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar “selfie” di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal.Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui “like” atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya.
Ia akan merosakkan sesiapa saja,” katanya.

Sekira anda mengalami atau mengenali sesiapa yang mengalami masalah ini,anda dijemput untuk menghayati ayat ini,

“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula membencimu.”{Ad-Duha:3}

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :