Dunia terdesak , Nyawa jadi mainan.

Akhir Mac ini, Penggubal undang-undang dan pemimpin masyarakat awam dari 30 negara telah menyeru untuk mendapat akses dari ‘safe and legal abortion’. Pengishtiharan ini dikeluarkan di Washington pada Rabu lalu berdasarkan konteks kajian 20 tahun oleh Bangsa-Bangsa Bersatu 1994 di Persidangan Antarabangsa. Pengisytiharan ini juga bertujuan untuk merangka agenda pembangunan dunia selepas tahun 2015. Peguam bela dipanggil untuk memperluaskan skop perbincangan mengenai kesihatan wanita iaitu dengan mengambil kira hak pengguguran apabila menentukan pusingan seterusnya dalam matlamat pembangunan global, berikutan dari tamatnya tempoh Matlamat Pembangunan Milenium (MDG’s) pada tahun 2015.

Dunia terdesak

Menggugurkan kandungan kini tidak salah disisi undang-undang? Matlamatnya kelihatan mulia iaitu ingin mempertahankan hak asasi wanita. Walaubagaimanapun, matlamat semulia apa pun tidak pernah menghalalkan cara. Menggugurkan janin tanpa sebab syari’e adalah sama seperti membunuh jiwa dan ia merupakan suatu jenayah dosa besar yang bakal memporak-perandakan masyarakat seterusnya membinasakan masa depan peradaban manusia.

Apa yang kita tahu sekarang adalah undang-undang yang termaktub di sesebuah kawasan akan memberi pengaruh besar terhadap sikap masyarakatnya. Misalnya, dengan wujudnya istilah ‘legal abortion’ ini maka secara tidak langsung akan membuka ruang-ruang maksiat untuk bermaharajalela. Budaya seks bebas juga bakal berleluasa menjadi amalan para pemuda tanpa segan silu lagi. Na’uzubillah.

“ Dan hendaklah kamu semua memutuskan hukum di antara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan janganlah menuruti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah jangan sampai mereka mempengaruhimu untuk meninggalkan sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepadamu..” (Al-Maidah ; 49 )

Sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi bidang perubatan yang bakal bergelar ‘Doktor’ kelak, marilah sama-sama membentuk diri untuk menjadi seorang pengamal perubatan islam sejati. Seorang dai’e berkaliber seharusnya berasa bangga menegakkan hukum Allah di persekitarannya dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Inilah tugas kita sebagai khalifah di dunia fana’ ini. Ingatlah , Sesungguhnya islam tidak akan tertegak diatas runtunan jahiliyyah.

“ Tegakkanlah islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di bumi kamu berpijak.” ~Al-Imam Al-Ma’mum

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :