mtc 2

ISKANDARIAH, 28 Februari 2014 – Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah kali ke-6 telah berlangsung dengan jayanya dan membawakan tema, “Suarakan Solusi Menuju Transformasi” telah diadakan di Pusat Konvensyen, Kuliah Perubatan, Universiti Iskandariah. MTC Iskandariah bermula tepat jam 8.45 pagi dengan dirasmikan oleh Executive Manager of International Undergraduate Medical Program (IUMP), Dr. Hala Maklad.

MTC adalah merupakan program wajib bagi setiap cawangan PERUBATAN di Mesir dan merupakan satu medium untuk ahli dan pimpinan PERUBATAN menilai semula gerak kerja persatuan selama setahun. Di samping itu MTC juga dapat membuka ruang kepada ahli untuk menyuarakan pandangan dan idea yang bernas bagi menambah mutu dan kualiti gerak kerja pimpinan yang akan datang yakni bakal pimpinan 2014/2015.

Dalam ucaptama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) 2013/2014, Mohamad Zairy Fahmy Bin Mohd A’sri, beliau ada menyebut mengenai setiap tahun PERUBATAN di peringkat MPP mahupun cawangan akan merangka satu pembawaan atau agenda tahunan yang mana setiap gerak kerja persatuan pada tahun itu akan berpaksi pada agenda atau pembawaan tahunan tersebut.

Beliau juga ada menyebut mengenai 5 perkara agenda PERUBATAN yang perlu diikuti oleh  ketujuh-tujuh cawangan PERUBATAN yang berada di Mesir iaitu akademik, kebajikan, kesatuan, pembangunan modal insan dan profesionalisme. Manakala, pembawaan PCI pula adalah perincian kepada agenda PERUBATAN Pusat supaya  lebih bersifat lokaliti Iskandariah.

Di akhir ucapan, beliau menyatakan harapan beliau agar perwakilan dapat memberikan kritikan dan teguran yang bersifat mahaabah kepada pimpinan PCI. Beliau juga berharap agar ahli perwakilan dapat sama-sama berbincang dalam keharmonian  sifat mahabbah, saling membina dan tidak memanjangkan konflik  serta berfokus kepada perbincangan yang mampu membina gerak kerja PCI.

Antara agenda MTC Iskandariah ialah sesi soal jawab antara ahli perwakilan kepada Ahli JawatanKuasa Tertinggi (AJKT) PCI bagi memberi peluang kepada ahli perwakilan untuk bertanyakan mengenai perjalanan program-program dan gerak kerja yang telah dibuat sepanjang sesi 2013/2014. Antara soalan menarik yang telah diajukan oleh ahli perwakilan, Ameen Husainy  yang berbunyi, “Adakah benar mengenai adanya gangguan makhluk halus di Teratak Iskandariah?” dan “Kenapa aset-aset PCI tidak diletakkan sahaja di bawah pengendalian Biro Perumahan sahaja berbanding membahagikan aset kepada Biro-biro supaya lebih tersusun dan sistematik?”.

Soalan-soalan tersebut dijawab oleh AJKT Biro Perumahan,

“Mengenai dakwaan wujudnya makhluk halus di Teratak Iskandariah adalah tidak benar sama sekali tapi jika ada sekalipon ini adalah tanggungjawab kita sebagai ahli untuk mengislahkan teratak itu dengan mengadakan qiamullail, solat hajat dan bacaan Al-Quran untuk menghalau jin-jin tersebut”.

 “Aset-aset ini pada awalnya memang diletakkan di bawah Biro Perumahan tapi sekarang aset-aset tersebut kembali dibahagikan mengikut keperluan biro-biro tertentu untuk memudahkan gerak kerja”.

 

mtc 1

Pada MTC Iskandariah kali ke-6 ini 2 daripada 3 usul telah diterima oleh ahli perwakilan MTC iaitu, “Memberi Peruntukan Khas Kepada Penggerak PCI Untuk Melancarkan Gerak Kerja PCI” yang dibawa oleh saudari Sakinah binti Ismail, pelajar Tahun 6 Kuliah Perubatan dan usul kedua yang diterima pula ialah “Mewujudkan Program Berbentuk Akademik Secara Praktikal Kepada Ahli Untuk Setiap Semester” yang dibawa oleh pengusul Mohd Alham bin Abdul Rahim yang juga merupakan pelajar Tahun 6 Kuliah Perubatan. Kedua-dua usul ini telah mendapat undian sokongan majoriti daripada semua ahli perwakilan yang hadir.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :