ASRAMA MARA, 7 MAC 2014 –Seawal jam 10  pagi bertempat di Kafe KSP Bangunan MARA, suasana sepi pagi jumaat diserikan dengan kehadiran 44 orang ahli ALDT, wakil PCI serta pegawai MARA, Ustaz Sofi dan Encik Faizal. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Wan Firwan Fauzi.

 

                                                                          
gigi 2

Majlis yang berlangsung di pagi Jumaat itu diteruskan dengan ucapan daripada pengarah ALDT, saudara Faizal Adna, diikuti ucapan pengarah Alexdent Clinic, saudara Syed Shafwan, Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada semua orang yang secara langsung dan tidak langsung membantu menubuhkan klinik ini dalam masa yang singkat. Di samping itu, beliau mengajak seluruh warga Iskandariah untuk datang beramai-ramai setiap hari Jumaat, jam 2-5 petang untuk pemeriksaan gigi secara percuma.

 

Seterusnya, Ustaz Sofi dalam ucapan perasmiannya, berkata dengan pembukaan klinik ini akan memberikan peluang kepada pelajar pergigian untuk memahirkan diri dalam bahagian klinikal dan berharap pelajar dapat memberi kerjasama yang penuh dalam melancarkan klinik disamping akan mendapat sokongan yang padu dari pihak MARA. Perasmian dibuat dengan memotong ribbon dihadapan pintu klinik serta menyangkut frame gambar bertulis Alexdent Clinik di bahagian tepi klinik. Majlis diteruskan dengan acara memotong kek beramai-ramai .Selain itu, Ustaz Sofi menjadi orang pertama yang membuat pemeriksaan gigi dan mendapatkan khidmat nasihat di klinik.

 

gigi

 

Acara ditamatkan sekitar jam 12 tengahari dan sesi bergambar beramai-ramai pula diadakan di akhir program

 

gigi 3

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :