Iskandariah,14 Mac 2014 – Seramai 74 orang ahli PERUBATAN yang terdiri daripada mahasiswa Perubatan Universiti Iskandariah Tahun 3, 4 dan 5 telah hadir untuk sesi temuduga ALEXANDRIA MEDICAL TEAM GEN-3 .Program ini dijalankan dengan jayanya di asrama MARA pada pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

 

                                                                            amt 5

 Sesi temuduga ini dijalankan dengan dua sesi. Sesi temuduga secara individual dan sesi secara berkumpulan. Cara ini dapat melihat kebolehan para ahli melontarkan idea-idea dan berfikir secara kreatif secara individual serta kerjasama setiap ahli dalam aktiviti berkumpulan.

Program ini yang bermatlamat untuk mencari generasi baru bagi meneruskan legasi AMT yang telah lama ditubuhkan sejak Januari 2012.Dengan tema “NURTURING MEDICAL FRONTLINER, NOURISHING THE COMMUNITY”, Medical Team membawa empat objektif iaitu ‘Character building’, ‘Soft skills’, ‘Clinical skils’, dan ‘Health education’. Semuanya ke arah mencapai objektif untuk memantapkan kemahiran klinikal, melatih ahli dengan ilmu extra-kurikulum seperti khidmat masyarakat, serta membina ‘soft skill’ ahli.

amt 6

Semoga kali ini dapat melahirkan lebih ramai lagi ahli AMT yang

berkualiti dan berpakej lengkap untuk menyumbang kepada ahli PCI sendiri dan juga masyarakat luar.

 

 

 

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :