“Allah..failed lagi.” Dia lepaskan keluhan berat. Tablet surface pro dilempar atas katil. Melambung tablet itu sehebat lambungan kekecewaan tuan empunya diri. Kali kedua repeat paper CVS. Masih gagal.

eh, kejap..

“Allah?..sejak bila Esmond Al-Fateh tahu sebut Allah? ” Esmond curi pandang bintang di langit sebelum pandangan kembali di bawa ke arah diari hitam diatas meja. Air mata yang masih bersisa di pipi diraup lemah.

Kosong.

“Es, enta nak ikut ana solat dekat Gami’ Ibrahim?” Terjengul muka Aniq yang masih basah dengan wudhu’ di sebalik pintu.

“Kau memang masuk tak tahu nak ketuk pintu ke?” Pertanyaan dibalas pertanyaan. Esmond kepal buku lima menanti untuk dilayangkan ke raut jernih milik Aniq. Spoiler betul budak ni.

Aniq tahan rasa yang semakin memahit. Sabar, Aniq.. sabar.  Rasulluah nak sebarkan Islam dulu bukan mudah. Berbakul hinaan, berlori sumpahan, dibaling dengan batu, dilemparkan dengan najis.

Innallaha ma’a ssobirin.
Sesungguhnya Allah itu bersama-sama orang yang sabar.

Aniq tak ambil pusing kemarahan Esmond. “Ana minta maaf, takpelah kalau enta taknak ikut. By the way, ana dah masak makan malam. Ada dekat dapur, kalau enta lapar, enta makanlah.” Aniq senyum segaris sebelum tutup rapat pintu bilik Esmond.

Fatrah imtihan memang menguji kesabaran. Dengan housemates yang mengelat turn masak, rumah macam kapal Titanic berlanggar dengan iceberg, dengan solat masing-masing yang entah ke mana. Dengan diri sendiri yang kusut masai. Mungkin mereka lupa, doa, tahajud, qiamullail tu pun sebahagian dari usaha juga. Apa guna tak tidur malam bersengkang mata menghadap buku, nota dan formula andai segala usaha tiada keberkatan?

Ye Aniq ye. You are one of them juga dulu.

360’ change is not that easy, huh?

 *****

star

Esmond pusing laju pen di tangan sambil matanya mencari Sirius dalam kegelapan malam.

“Ada lagi 48 jam sebelum final exam untuk paper G.I.T esok, nak tiru ke nak hentam je…” Esmond merangka-rangka plan kecemasan dalam kepala. Habislah kalau fail lagi paper kali ni. Pasti daddy akan tarik balik segala kemewahan yang dia dapat.

Ahh daddy, sejak mummy meninggal.. Esmond seperti tidak wujud.. segala-galanya diuruskan oleh bibik.

Esmond.. nama yang dipilih oleh Granny ketika mereka masih menetap di England. Granny kata Esmond tu maksudnya protected by God. Al-fateh pula nama yang mummy pilih sebab arwah mummy nak dia jadi hebat sepertimana hebatnya peribadi Sultan Muhammad Al fateh.

Bunyi petikan suis dari bilik sebelah menyentak lamunan Esmond. Buku rujukan di hadapan direnung kosong. Sekosong jiwanya saat ini. Sempat lagi ke nak study? Esmond heret kaki ke dapur, tudung saji hijau itu diangkat rendah, mencari kalau-kalau ada makanan untuk dimakan.

Esmond tenung hidangan di bawah tudung saji. Tersentap

“By the way ana dah masak tadi..”

Dia pejam celikkan mata. Tidak mahu air mata yang bertakung membasahi pipi sekali lagi.

“kalau enta lapar..enta makanlah”

Dadanya ditumbuk perlahan. Membuang sebak yang betandang.

Denial.

Bukan sebab ketam masak cili api hasil air tangan Aniq yang membuatkan dadanya sebu menahan rasa yang bertandang.
Bukan juga sebab kangkung goreng belacan yang buat matanya berpinar membenteng mutiara jernih dari mengalir.

Esmond genggam erat nota kecil tulisan tangan Aniq,

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(QS. 3:139)

Allah…terasa seperti ditiupkan nyawa yang baru kedalam hati yang sudah mati dan mereput.
Sungguhlah, sekerikil mana pun hati manusia, andai disentuh oleh yang Maha membolak-balikkan hati pasti terkesan.

Esmond letak balik tudung saji di tempat asal. Laju langkahnya dihala ke bilik Aniq. “kalau aku ketuk, agak-agak dia baling aku dengan hammer tak?” “tak.. tak mungkin. Aniq soleh, paling kurang pun dia tak layan je.” Sepuluh minit dia berdiri seperti Statue of Liberty di hadapan pintu bilik Aniq.

Dilemma. Masuk ke tak, masuk ke tak.

“Enta nak jumpa ana ke?” Aniq sengih lebar sambil kuak daun pintu, sejadah ditangan dilipat,

“Opocot! Damn you Aniq, kau nak bagi aku mati ke ape?” Refleks Esmond bersuara.

“Maalish, ana tak sengaja, tapi ana Nampak enta tercegat dari tadi depan pintu bilik ana, kenapa? Dah pukul dua pagi ni.. Tak boleh tidur? Nak ana dodoikan ke?” Aniq senyum mengusik. Kenapa Esmond nampak macam lain?

“err aku err..aaa..” duhh macam mana boleh gagap ni. Nak cakap apa sebenarnya ni Esmond oii?

“enta masuk la dulu, kite borak dekat dalam.”

Esmond meluru ke arah Aniq. Dipeluk erat tubuh Aniq. Kemas.
Terhinjut bahu Esmond menahan tangis.
Aniq balas pelukan Esmond. Sama erat, sama kuat.

“Dah sepuluh tahun aku tak solat. Sejak mummy meninggal..” tenggelam timbul suara Esmond dalam tangisan.

Dia tepuk perlahan bahu Esmond. Cuba menghantar sedikit kekuatan

*****

“Nah..”

“Apa ni? Barbie..? euwww”
“Tu scrapbook. Scrapbook hasil tangan ana dengan kembar ana..” Aniq jawab mendatar sambil selak helaian nota Pathology.

Esmond pejam celik mata. Siapa ni?
Rambut punk, telinga bertindik, dengan botol di tangan.. eh? Liquor? Arak?

“Tu Aniq Mujahid dengan Aqil Mujahid. Arwah Aqil Mujahid bin Muhammad Amsyar to be exact.” Tanpa mengangkat muka Aniq bersuara. Senyap je, mesti stuck dekat part tu. Part mereka tenggelam dengan kejahilan. Broken family.

“Things are getting worst after ummi and babah passed away. Car accident. Sebab hasad dengki manusia. Dan kami hilang segalanya. Akhirnya ana hilang separuh dari nyawa ana, Aqil mujahid.” Mendatar Aniq menuturkan tanpa rasa.

Budak Aniq ni takde perasaan ke? Cool je die bercerita macam baca hikayat Hang Tuah. Esmond masih tenung gambar Aniq dan arwah Aqil, tak berkutik.

Aniq letak nota atas meja belajar. Kerusi dipusingkan menghadap wajah Esmond “Grieveness wont let you go if you keep it bottled.” Aniq sambung bicara.. “Ana menyesal sebab ana tak berjaya tarik arwah Aqil sebelum Allah cabut nyawanya..mungkin Allah nak tegur ana sebab hanyut terlalu jauh dengan kesedihan. Tapi teguran itu melalui hilangnya nyawa insan yang paling ana sayang memang terlalu berat. Ana selalu rasa yang Allah tak adil dan tak sayang ana. Sampai ana jumpa sesuatu…”

Esmond panggung kepala bertanya

“Cuba enta ambil tafsir tepi bantal tu, bukak surah kedua ayat 286.”

Esmond panjangkan tangan mencari tafsir di atas katil.
terkial-kial dia membelek kitab suci itu. Ahha! Jumpa..

Allah..
Esmond menangis malu.

Aniq hulur sekotak tisu. Faham dengan apa yang Esmond rasai. Kerana dia pun pernah berada di fasa itu.

Aniq renung scrapbook koleksi memori dia dan arwah Aqil,
“Sejak arwah Aqil meninggal, ana janji pada diri ana..ana nak jadi anak soleh yang boleh bantu ummi dan babah dekat alam barzakh.”

“Macam mana pulak kau nak tolong diorang? Kan diorang dah takde, jangan cakap kau guna black magic. Syirik tu.” Cepat Esmond memintas.

Aniq ketawa perlahan,
“Apalah enta ni.. tercabar lah kredibiliti ana kalau ana guna black magic. Kalau enta nak tahu, anak soleh boleh bantu ibu bapa mereka tau..ada satu hadis ni..

إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث : ولد صالح يدعو له أو صدقة جارية أوعلم ينتفع به

Apabila seseorang telah meninggal dunia, putuslah (pahala) amalnya kecuali tiga hal, yaitu anak yang soleh yang mendoakannya, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat. (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

“Aniq, kau rasa kan..sempat lagi ke aku nak study? Aku taknak fail lagi.. aku baru plan nak meniru tadi, sebab aku macam sangat tak bersedia.”

“Astargfirullahal azzim, enta tahu tak meniru tu dosa besar?

Syeikh ‘Atiah Saqar dalam fatwanya ada menyatakan, telah disepakati oleh jumhur Ulama’ bahawa jenis perbuatan meniru,menipu,  memperdaya, memalsu, memanipulasi, mengkhianati adalah perbuatan HARAM disisi Islam. Ini adalah hukum secara umum atas perbuatan tersebut dan tergolong mereka dalam perbuatan dosa kerana ianya bukan daripada pengamalan dan pengajaran Islam.

Perihal tersebut berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. :

 “من غشنا فليس منا “

Maksudnya : “Sesiapa yang meniru daripada kami (kalangan umat Muhammad) maka mereka itu bukan daripada kami”. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

 Aniq tepuk perlahan bahu Esmond

“Better late than never, kan? Jom kita usaha sesame. Yang Allah pandang tu usaha, sebab usaha tu yang akan duduk dekat neraca perhitungan Allah. Bukan keputusan yang tak menjanjikan apa-apa..Allah lihat setakat mana juhud dan usaha kita, dan Allah akan hitung mengikut neraca pertimbangan Allah.” Panjang lebar Aniq menerangkan.

“Aniq, aku nak tumpang tidur dekat bilik kau boleh? Sebab aku takut tak terjaga masa azan Subuh esok.” Malu-malu Esmond bertanya.

“Alhamdulillah, Es akhirnya Allah buka pintu hati enta. Boleh.. nak tidur setiap hari pun boleh, tapi enta jangan tidur ganas sangat. Ana ada black belt taekwondo tau, takut patah riuk badan enta nanti.” Gurauan Aniq disambut cebikan oleh Esmond.

“Helleh aku ada calit 4 silat buah pukul tau, takut kau je yang hilang nyawa esok.”

“ehh ana tak tahu pulak orang putih belajar silat.”

Bergema bilik Aniq dengan gelak tawa keduanya.

“Aniq, kau geli tak kalau aku cakap aku sayang kau?” Esmond bertanya polos.

“Kenapa pulak ana nak geli? Kan orang yang berukhuwah kerana Allah tu dijanjikan syurga..”

“Oh yeke? Kau tahu tak? Kau ni macam bintang yang menerangi hidup aku yang gelap macam langit malam.  Macam Sirius yang paling terang, tak payah pakai teleskop pun boleh nampak..Thanks..” perlahan Esmond menutur bicara.

“Ana terharu sangat, tapi takut pulak ana bila enta cakap macamtu. Ana masih straight tau. Ana masih minat akhawat..” Berkelip-kelip mata Aniq. Saja mengusik Esmond yang on the verge of tears.

“gila la kau..” Esmond tolak kepala Aniq perlahan.

Aniq ketawa lepas.
Esmond sengih malu.

“Es..enta tidur la dulu, ana nak habiskan kemas dapur kejap.” Aniq bingkas bangun lalu tutup suis lampu.

“Aniq, boleh panggil aku Al-fateh lepasni? Aku nak jadi saham untuk arwah mummy jugak dan untuk daddy”

Aniq senyum tanpa sedar. Dan dia dapat tangkap cahaya keikhlasan memancar dari anak mata Esmond Al-Fateh. Macam.. bintang.

bintang 2

Ditulis oleh:

Nadia Nabila binti Afandi
Tahun 3,
Kuliah Perubatan,
Universiti Iskandariah,
Mesir

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :