LOGO_coloured_transparent-150x150

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Alhamdulillah, segala puji di panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat. Dua nikmat terbesar yang mustahil untuk kita menafikannya; Iman dan Islam yang menjadi pegangan kita hingga akhir hayat. Semoga Allah terus menurunkan hidayah-Nya kepada kita semua.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pihak kerajaan Malaysia dengan kerjasama dari seluruh badan dan jabatan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan rakyatnya, telah membuka ruang untuk pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir bagi menyambung pelajaran di tanah air. Hal ini berikutan keadaan politik Mesir yang dilihat agak kurang stabil dalam jangka masa yang tidak dapat dipastikan.

Ramai dalam kalangan kita yang melihat peluang ini sebagai salah satu cara untuk memastikan masa depan pelajaran mereka terjamin. Justeru kebanyakan ahli PERUBATAN memohon untuk menyambung pengajian di tanah air. Terdapat juga dikalangan pimpinan PERUBATAN di peringkat pusat mahupun cawangan yang memohon seterusnya menerima tawaran kerajaan yang bersifat one-off ini. Dua orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) tersebut adalah:
i)          Nurul Widad binti Shukri (Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar)
ii)         Nurhidayah binti Esa (Timbalan Ketua Biro Kebajikan)

Oleh yang demikian, dengan merujuk perlembagaan PERUBATAN, bab ke-4, fasal 28, nombor 3 (a) dan (b) pindaan 2012:

3. KEKOSONGAN JAWATAN:

1380933_735086076519657_1704634983_n

Perlembagaan PERUBATAN

Maka secara rasminya dua jawatan tersebut bakal dipangku setelah dua orang ahli AJKT tersebut membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. AJKT yang bakal memangku jawatan tersebut adalah:
i) Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar, akan dipangku oleh Saudari Nur Shaquerin binti Sahuddin.

ii) Timbalan Ketua Biro Kebajikan, akan dipangku oleh Saudari Nadiah binti Mohd Shah.

Di kesempatan ini, pihak PERUBATAN mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh Saudari Nurhidayah dan Nurul Widad serta ahli yang telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Semoga usaha murni kalian dalam menggerakkan persatuan selama ini dapat diteruskan dalam kampus-kampus di tanah air pula kelak.

Jadi, sebarang permasalahan yang memerlukan keputusan segera berkaitan dengan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Seterusnya pihak PERUBATAN memohon maaf atas sebarang kesulitan.
Sekian.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

Pengerusi Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd Asri

Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd A’sri

Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 13/14

 

 

Timbalan Pengerusi Nur Amalina bt Mohd Shukri 2

 

 

 

 

 

Nur Amalina binti Mohd Shukri

Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 13/14

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :