Satu

9.57am
Amphitheatre 1,

Fakulti Perubatan,

Universiti Iskandariah.
“InsyaAllah hari ini tabung kebajikan batch akan diedarkan. Sahabat-sahabat yang berkelapangan bolehlah menderma mengikut kemampuan antum masing-masing. Terima kasih.” umum Hafidz di hadapan dewan kuliah. Sejurus pengumuman tamat Dr Doa Samy masuk untuk sesi Physiology.

Kuliah pun bermula.

“During blood clotting,intrinsic factor occurs simultanenously along with the extrinsic factor,but the extrinsic factor is faster ….”

“Bad,nah tabung!”

Ahmed dengan suara yang perlahan menyerahkan tabung kebajikan batch yang berada di tangan. Bimbang lecturer di hadapan berasa terganggu dengan perlakuan mereka.

“Oh, okay” Bad mendapatkan tabung dari Ahmed.

 Bad memasukkan duit berhati-hati dan kembali memberikan perhatian kepada lecturer di hadapan. Sama seperti Ahmed, dia juga sebolehnya tidak mahu guru di hadapan berasa terganggu dengan perbuatan mereka. Tabung di hadapannya diserahkan kepada orang di sebelahnya, Hakimi.

“Eh, tabung apa pulak hari ni? Tiap-tiap hari ada je tabung nak lalu sini. Memang nak kebas biasiswa aku lah ni. Ish, aku ada 100 genih, ada fakkah tak?

Hakimi mengomel sendiri. Tangannya memeriksa jumlah wang di dalam tabung sama ada cukup atau tidak untuk memulangkan baki duitnya.

“Hahaha. Boleh pula nak minta baki kau ni.”

 Ahmed yang geli hati melihat telatah Hakimi ketawa perlahan.

“Shh! Fokus.” Bad yang sudah kembali fokus dengan lecturer di hadapan sebentar tadi memberi isyarat tangan agar mereka senyap.

“Hihi, maalish.”

Hakimi menyerahkan tabung kepada Izzuddin yang berada di sebelahnya. Menyedari jumlah wang di dalam tabung masih sedikit, dia berniat untuk menderma apabila sudah ada duit kecil nanti.

*Izzuddin tersengih*

“Kau buat ape Izzuddin dekat tabung tu? Senyum seorang-seorang”

Hakimi spontan bertanya setelah melihat kelakuan rakan di sebelahnya yang tersengih-sengih di hadapan tabung. Siapa yang tidak pelik?

“Sedekahlah. Senyum kan sedekah.”

 Selamba Izzuddin menjawab. Sengihnya masih bersisa.

“Haa, gila apa sedekah dengan senyum?” Hakimi tidak berpuas hati.

“Shhhhhh!!”

Bad yang sedari awal tadi terganggu fokusnya tidak lagi dapat menahan sabarnya. Seluruh pelajar termasuk profesor memandang mereka. Mereka terdiam.

“Sorry doctor, nothing happened. Please proceed.”  Ahmed mewakili mereka berempat. Lecture diteruskan dan semua kembali fokus.

“That’s all for today’s lecture.

Any questions?

 Oh, no? Ok thank you! “

 

Dua

1.30pm

Syari’ Tijarah Camp Ceasar,

Iskandariah.

 “Tension aku macam ni. Tadi satu apa pun aku tak faham. Aku cari kat modul tak sama pun dengan yang prof ajar tadi. Tertidur aku dibuatnya.” Hakimi mengadu.

 “ Bukan salah prof, tapi sebab kau tak buat persediaan awal. Sebelum kelas baca dulu tajuk yang prof ajar, baru mudah nak absorb tajuk yang prof ajar” Ahmed menjelaskan.

“ Iya lah, maaf Ahmed. Semalam aku tidur lambat main game sampai tak sedar dah Subuh. Bila mengantuk terus tak boleh study.” balas Hakimi dalam nada kesal. Ketika musim panas di Mesir, waktu solat akan menjadi awal, paling dirasai waktu Subuh yang boleh menjadi seawal jam 3 pagi.

 “Eh ada makcik pengemislah, sedekah jom. Assalamalaiki ya ammah ”  sapa Ahmed kepada wanita tua yang adakala pada hari-hari tertentu kelihatan duduk sisi laluan itu. Ammah tua itu membalas dengan salam dan doa, ucapan yang lazim diberikan sesama masyarakat tempatan walaupun tidak dikenali.

 “Eh bagi salam sahaja? Kata nak sedekah tadi?” Hakimi hairan.

 “Aku baru je sedekah tadi.”

 “Eh, kau ni buat lawak ke? Aku tak nampak pun!” Kamil menggarukan kepalanya, tercengang dengan kenyataan rakannya.

 “Sedekah tak semestinya dengan duit sahaja. “ Semakin melebar senyum Ahmed melihat Hakimi yang tertanya-tanya.

 “Oh iya kah? Ceritalah sedikit tentang sedekah ini. Aku nak tahu juga” Hakimi mengakui kekhilafan dirinya yang berasal dari keluarga yang kurang mementingkan pendidikan agama.

 “Okay Hakimi., aku ceritalah sikit ya. Allah adalah Rabb atau Tuhan, dan kita ini adalah hamba. Sebagai hamba kita mesti taat kepada Allah. Lalu Allah menciptakan kita untuk beribadah kepada Allah. Jadi saat kita hidup sehingga lah kita mati, kita mesti melakukan apa yang Allah perintahkan, serta berusaha menjauhkan diri kita dari melakukan perkara yang Allah benci. Kerana apa?”

“Kerana kita hamba” jawab Hakimi

 “Betul, kita adalah hamba. Jadi seorang hamba yang taat dan disayangi tuannya mestilah melakukan perkara yang akan menggembirakan tuannya bukan?”

 “Haah betul betul”

 “Jadi selain dari perkara-perkara yang mesti kita buat sebagai hamba seperti solat, puasa dan zakat, sedekah juga adalah cara untuk kita menggembirakan Allah. Sedekah ada banyak caranya, selain daripada memberi duit, kita boleh sumbangkan kata-kata yang bermanfaat kepada manusia. Kata-kata yang baik itu juga sedekah. Sebab itu bila kita berborak-borak dengan baik, berhikmah, tak mengeluarkan kata-kata kesat, dengan sesiapa pun, kita pun sebenarnya sedang bersedekah.”

“Ooohhh” balas Hakimi tanda faham.

Selain duit dan kata-kata, kita juga boleh bersedekah dengan tenaga, contohnya tolong ikhwah atau akhawat pindah rumah, ataupun ..”

“Musyrif akhawat!” Hakimi pantas memberi jawapan.

“Haha, laju jawab! Mesti kau dah selalu musyrif” Ahmed terhibur dengan reaksi Hakimi.

“Biasalah, dekat imarah (bangunan) aku ada 4 rumah akhawat. Bayangkan, aku nak main game, eh study pun susah. Hehehe” Hakimi dan Ahmed sama-sama tergelak.

“Marilah aku sedekah croissant chocolata dengan bitza (baca: pizza) sebab kau dah ajar aku ilmu baru. Jom. Wow ramainya orang.”

Mereka kini di depan kedai ‘roti panas Camp Ceasar’, kedai bakery yang popular dan pada masa-masa kemuncak biasa dipenuhi pelajar Arab dan juga sebilangan pelajar Malaysia.

 Dengan kefahaman dan iman, amal berbuah indah.

 

Tiga

6.30 petang

Banque Misr,

Syari’ Sizostris, Iskandariah

“Ahmed, singgah bank sekejap. Ana nak keluarkan duit sikit.” ajak Bad.

“Ana pun nak keluarkan jugaklah. Duit jaulah ke Luxor-Aswan tak bayar lagi.”

Mereka baru sahaja selesai perjumpaan di Bangunan MARA untuk program persatuan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Mereka adalah orang-orang penting dalam persatuan dan batch. Kerana itu juga mereka sangat sibuk tetapi masih mampu mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Kebetulan pula asrama MARA memang terletak berhadapan dengan banque Misr.

Sesudah mengeluarkan wang masing-masing, mereka menahan teksi dan menyatakan destinasi. Kadar bayaran dari MARA ke Kubri Gamaah kebiasaannya 5 genih (saat artikel ini ditulis). Setibanya di sana, mereka pun turun bersama beg galas masing-masing. Bad menghulurkan 5 genih, pemandu teksi memandangnya lalu enggan mengambilnya.

“Enta aiz kam?” (awak nak berapa?)

“Asyara genih!” (Sepuluh genih)

“La’ wallah. Lazim khomsah genih. Misy muzdahim ya amm!” Bad membalas dengan tegas.  ( Tidak, demi Allah, selalunya 5 genih, tak sesak pun jalan pakcik oi)

“La’ bus ya sayyid dizel ghali dilwaqt. “ (tidak! Minyak dah mahal sekarang)

Ahmed yang hanya melihat sahaja kedua-dua mereka dari awal tadi mengeluarkan wang kertas 10 genih dan memberikannya kepada pemandu tersebut.

 “Sudahlah akhi, kita pun tak ta’kid tadi” Ahmed menenangkan Bad yang geram melihat ‘perompak’ dimenangkan.

“Mana boleh! Memang 5 genih sahaja kot.”

 “Kita tak ta’kid awal tadi kan, salah kita juga. Biarlah kira sedekah kat pakcik itu.”

 “Ana malas lah macam ini. Sedekah apa kalau tak ikhlas?”

 “Bad, cukuplah. Perkara kecil tak perlu dibesarkan.”

 Bad yang sedar dia telah kalah tidak ingin egonya tercalar. Dia terus mengalihkan wajahnya dan menuju pintu bangunan membawa begnya.

 “Bad..” Ahmed memanggil perlahan.

Bad tidak mengendahkan panggilannya. Dia terus menaiki tangga memendam amarah. Tidaklah dia tahu, bahawa Allah ingin mengajarnya sesuatu. Ahmed mengalami acute myocardial infarction (baca: serangan jantung). Mujur ada pakcik pemandu teksi yang sama membawanya ke hospital bersama beberapa orang Arab yang berada di tempat kejadian. Keadaannya stabil,namun memerlukan penjagaan rapi untuk masa yang panjang.  MI jarang berlaku kepada mereka yang masih muda, namun boleh berlaku dengan sebab-sebab tertentu.

 Bad dan rakan-rakan serumahnya belajar bagaimana untuk bersedekah, dan lebih penting, menjadi sahabat.

Tamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah, kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya kedalam kenderaan adalah sedekah. Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.”

 [Rriwayat Bukhari dan Muslim]

Sedekah

Oleh:

Iliyyin Zaidan,

Tahun 2 Perubatan,

Universiti Iskandariah.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :