egypt-camel

 

“ Eh! Hosni Mubarak akan dibebaskan dalam tempoh masa 48 jam! “ berita tergempar itu diberitahu oleh Amalina kepada semua ahli bait. Kebetulan dia sedang memegang komputer riba dan melayari laman web social Facebook serta mengikuti berita terkini daripada page Mesir Kini, dia terus membaca butirannya.

 

“ Hosni Mubarak, pemerintah ditaktor Mesir yang telah digulingkan pada demonstrasi yang diadakan oleh rakyat Mesir sendiri pada tahun 2011 akan dibebaskan dalam tempoh masa 48 jam atas alasan dia dibebaskan dari semua dakwaan kecuali satu kes yang bakal dibawa ke pembicaraan mahkamah.

 

Seusai sahaja dibaca berita itu terus menjadi bahan perbualan kami pada malam itu. Malam itu diisi dengan perbincangan hal itu semata-mata. Apakah reaksi penyokong Presiden Mursi yang sudah lama tidak diketahui lokasinya? Apakah reaksi penyokong demonstrasi terhadap keputusan ini? Apakah reaksi mereka yang dahulu menyokong pergulingan Presiden Mursi yang kini hanya membawa kepada pembebasan pemerintah diktator yang mereka sangat benci dan geruni itu? Semuanya hanya tinggal andaian semata-mata. Otak hanya ligat berfikir, tetapi mulut tidak mampu berbicara apa-apa yang bakal berlaku. Malam itu kami berempat pelajar akhawat dari batch PhyloxMed tidur dengan rasa tidak tenang.

 

“ Arani! Jom cepat! Nanti lambat kita ke Mansyiah!” Atiqah selaku ‘amirah pada kami telah memanggilku. Aku bergegas ke luar bangunan di mana Atiqah menunggu. Terus kami menaiki teksi ke asrama MARA di Sezostrees Street.

 

“ Atiqah, lihatlah dan hayati pemandangan bumi Iskandariah ini Mana tahu, ini adalah permandangan kita yang terakhir.” Kataku sayu pada Atiqah. Dia mengangguk, merasai apa yang aku rasakan. Panggilan telefon dari Akh Shahir selaku MTP PERUBATAN wakil Iskadariah yag juga bertugas untuk meneliti keselamatan pelajar di Iskandariah  mengenai berita evakuasi akhirnya bukan menjadi suatu ilusi semata-mata. Impian kami untuk menuntut ilmu di bumi Anbiya’ ini tatkala musim panas memuncak di sini akhirnya hancur dek keselamatan pelajar Malaysia terancam akibat berita pembunuhan beramai-ramai di Raba’ah. “Tidak mengapa. Ini semuanya adalah kehendak Dia Yang Maha Berkuasa. Sekurang-kurangnya kita mampu eratkan ukhwah kita sepanjang di Mesir,” kata-kata pujukan Amalina terngiang-ngiang di telinga. Ya, semua adalah kehendak Allah, meskipun kami tidak mampu lakukan apa yang kami rancang, tapi kami terpaksa akur, kehendak Dia Yang Maha Mengetahui adalah terbaik untuk kami.

 

“ Arani! Cuba awak lihat!” Atiqah memanggilku. Aku mengelap air mata yang mula mengalir di pipi dan mengalihkan pandangan ke arah Atiqah tunjuk padaku. Mataku terbeliak. Dirku tergamam melihat apa yang disaksikan.

 

Poster As-Sisi sudah hilang!

Banner besar yang melintasi bangunan sudah lesap!

Sudah tiada yang sibuk bermegah-megah dengan kejayaan As-Sisi menjatuhkan ‘Presiden Pemungkir Janji’ !

 

“Eh? Apa yang terjadi?” bisik hati kecilku. Namun ditepis segala sangkaan tika itu.Masih terlalu awal untuk menilai keadaan Mesir tika ini.

Ia tidak berhenti hanya di sekitar Mahattah Raml. Bahkan di area Mansyiah di mana dahulu terdapat poster dan banner As-Sisi Si Penyelamat juga hilang dari pandangan. Bahkan, seorang ammu telah keluar dari kedainya sambil menjerit pada orang awam di luar dengan kata-kata yang cukup membiarkan ana terfikir satu perkara.

 

“ Muhammah Hosni tolih! Hosni Mubarak tolih!”

 

Ya, akhirnya mereka sedar akan permainan yang mereka ciptakan selama ini.

 

KINI MEREKA SEDAR, PERMAINAN DI MANA SELAMA INI MEREKA ADALAH BONEKANYA!

 

Tatkala Presiden yang dilantik oleh mereka sendiri itu digulingkan oleh mereka, mereka tidak sedar bahwa mungkin ini adlaah perancangan dari awal lagi.

 

“ Mursi tidak mampu berikan kemajuan yang kami mahukan!”

“Mursi mendrikiminasikan kami dengan parti politik. Dia tidak lain tidak bukan hanya seorang hamba pada Ikhwanul Muslimin!”

“Mursi menjual tanah kami secara senyap-senyap!”

“Mursi bukan Mahathir! Kami mahu Mahathir!”

 

Fuh, penat dan haru sungguh hati bila mendengat respons orang Arab mengenai kes penggulingan Presiden Mursi. Selain daripada alasan mereka yang terakhir (maaf, aku terpaksa tulis kerna ia menggelikan hati, tetapi ia sebenarnya cukup untuk mengetuk hati sekiranya ada yang memahami) mereka mengatakan bahwa Presiden Mursi ini tidak layak, bahkan menyalahgunakan kuasanya.

 

Aku faham, serba sedikit dari kata-kata dan luahan hati mereka, kesimpulan yang mampu didapati adalah Presiden Mursi tidak mampu menjadi pemimpin yang baik bagi mereka. Dan bagi pendapat aku,aku amat setuju.

 

Eh?!

 

Ya aku setuju.

Kerna pemimpin yang sesuai bagi mereka adalah yang mampu memberi kemajuan dalam masa singkat.

Kerna pemimpin bagi mereka adalah yang mampu beri kekayaan pada mereka tanpa mereka perlu bergoyang kaki.

Kerna pemimpin bagi mereka adalah yang mampu mempengaruhi media massa sehinggakan mampu menyebelahinya meskipun beliau tidak lagi memerintah.

 

Dan biarkan aku tekankan perkataan-perkataan ‘bagi mereka’ itu adalah apa yang mereka mahukan dan dari pandangan mereka bukan dari pandangan Allah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mari kita baca ayatNya ini:

‘Kehidupan dunya dijadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang yang kafir, dan mereka menghina orang yang beriman. Padahal orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada Hari Kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orng yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.’

[QS 2:212]

 

                Tetapi jangan salah faham. Mereka bukannya SEMUA kafir. Tetapi disebabkan mereka sudah ditanami oleh suatu pemikiran yang nampaknya agak tidak berbahaya tetapi disebabkan sudah ditanam dalam rakyat Mesir selama 30 tahun oleh pemerintah diktator menyebabkan sukar untuk membangunkan Islam di Mesir hatta oleh Presiden Mursi dari Ikhwanul Muslimin.

 

“Kerna sekularisme!” Itu adalah jawapan dari seorang rakyat Mesir sendiri. Ya, sekularisme. Kerna pemikiran inilah yang mereka amat takut untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Kerna mereka takut dunya mereka hilang dari genggaman mereka sekiranya Islam diamalkan. Tidak hairanlah jika semua isu yang cuba diapi-apikan untuk anti penyokong Mursi adalah semuanya berkaitan dengan keuntungan dunya!

 

Kerna mereka begitu mengejarnya dunya sehingga takut terlepas dari genggamannya, sesetengah dari mereka telah termakan dengan pihak ketiga yang cuba menjatuhkan pemerintah yang telah mendapat hak memerintah secara sah. Menutup sebelah mata apabila saudara mereka dibunuh. Sehinggalah suatu hari apabila pemerintah yang lebih kejam dilepaskan oleh mereka, barulah mereka tersedar. Mereka tertipu!

 

JANGAN SANGKA MATI MEREKA SIA-SIA!

 

Kematian warga Mesir kerna pembunuhan beramai-ramai oleh tentera di Raba’ah dahulu bukan sia-sia! Kematian anak pemimpin El-Bethalgi terutamanya telah membuka mata serata dunya, apatah lagi dengan jawapan ayahnya tentang tidak perlu bersedih dengan kematiannya.Belum lagi kisah pembakaranr hospital,masjid,pegamal perubatan dan juga wartawan. Kekejaman pembunuhan beramai-ramai di Raba’ah telah membuka mata pada ketidakperimanusiaan di Mesir kini. Pemimpin mula membuka mata dan mengambil tindakan.

 

Kerna itu, ia membuktikan demonstrasi aman mereka berjaya. Meskipun bukan berjaya denganmenggulingkan pemerintah kini, tetapi sekurang-kurangnya telah mempengaruhi dunya terhadap kekejaman di atas mereka.

 

Paling kurang pun, mereka telah mendapat ganjaran paling tinggi dan nikmat!

 

‘ Dan jangan kamu sesekali-kali mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenar-benarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.’

[QS 3:169]

AMBIL IKTIBAR!

 

“ Ya anak-anakku, jaga agamamu, namun perlu juga dijaga secara syumul. Bukannya sesetengah perkara tetapi keseluruhannya. Kerna apa yang jadi di Mesir ini adalah kerna mereka mengambil Islam pada sebahagiannya dan menolak sebahagiannya.” Itulah nasihat seorang Ustazah yang mengajar di Buuth Al-Azhar sewaktu beriftar bersamanya dahulu.

 

Benar, jangan kerna Negara kita Islam, namun akhirnya tidak menjanjikan bahwa rakyatnya mampu mengamalkan Islam dan akhirnya menolak Islam itu sendiri. Kerja menegakkan Islam bukan untuk sesetengah orang, begitu juga dengan keamanan kita sendiri. Ia tanggungjawab kita, dengan meletakkan akhirat di hati, dunya di tangan. Bukannya sebaliknya.

 

Wallahualam.

 

 

Farah Aqilah binti Kamarudin

Tahun 1, Perubatan Universiti Iskandariah

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :