update

 

Khamis, 22 Ogos- Satu perjumpaan tergempar telah diatur antara Pengarah MARA Timur Tengah, En Ahmad Sofi bin Abdullah bersama Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah, Prof Dr Fathy El Sewy serta Prof Dr Hala Maklad (Ketua Eksekutif Program IUMP) dan juga Dr Manal Thayel (Cordinator Pre-Clinical Phase). Turut dijemput menghadiri perjumpaan tersebut adalah wakil pimpinan PERUBATAN, Ahmad Zikrillah bin Yusoff dan Aisyah Fakriyah binti Latif, wakil Organisasi Batch (OB) bagi mahasiswa/wi  Tahun 5 dan Tahun 6 serta Dr Fahd Adeeb.

Perjumpaan yang mengambil masa selama lebih satu jam ini telah membuahkan satu kata sepakat yang baik untuk kedua-dua pihak. Pihak universiti sangat menghormati cadangan yang telah diberikan oleh Jabatan Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK). Hasil perbincangan adalah seperti berikut: 

PELAJAR TAHUN 6 DAN PRE-INTERNSHIP

1. Mahasiswa/wi Tahun 6 akan meneruskan ‘pre-internship’ seperti yang dijadualkan bagi memenuhi jam kredit universiti. Mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan besar dan tempoh ‘pre-internship’ bagi setiap kumpulan tersebut adalah 2 minggu sahaja.  Mahasiswa/wi  Tahun 6 yang sedang berada di Mesir bersepakat untuk memulakan ‘pre-internship’ seawal mungkin dan dikategorikan sebagai kumpulan pertama. Namun, perbincangan lanjut akan dimaklumkan semula oleh ‘Student Representative’ (SR)  kepada  mahasiswa/wi  Tahun 6. Pihak universiti juga telah membuat keputusan untuk membatalkan graduasi di Mesir setelah semua SR mempersetujui dan tarikh graduasi akan ditunda pada pertengahan November. Perbincangan lanjut berkenaan 2 perkara ini akan diperhalusi oleh SR Tahun 6 dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada semua  mahasiswa/wi  Tahun 6.

2. Peperiksaan ulangan bagi Tahun 6 akan diasingkan daripada tahun klinikal yang lain atas sebab-sebab tertentu dan pihak universiti akan bertungkus-lumus untuk memberi keutamaan khusus kepada Tahun 6 terlebih dahulu untuk memudahkan urusan kepulangan  Tahun 6 tajaan MARA secara terus ke tanah air.
 

PEPERIKSAAN ULANGAN BAGI TAHUN 1 SEHINGGA TAHUN 5

Tarikh peperiksaan bagi  mahasiswa/wi  Tahun 1 sehingga Tahun 5 yang dijadualkan pada 15 September 2013 akan ditunda kepada 23 September 2013. Biro Akademik akan berurusan dengan semua wakil SR untuk menyusun semula jadual peperiksaan ulangan. Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui media rasmi PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Bagi  mereka yang terlibat untuk peperiksaan ulangan perlu sentiasa peka dengan pengumuman berkaitan peperiksaan dan disarankan untuk menukarkan status tiket kepada ‘open ticket’. Sekiranya keadaan Mesir masih belum stabil, perjumpaan seterusnya akan dilakukan bersama pihak universiti.

 

TARIKH KULIAH SESI DEPAN

Tarikh kuliah bagi semester depan untuk semua pelajar kuliah perubatan akan bermula pada 19 Oktober 2013 iaitu selepas Hari Raya Haji.

[stextbox id=”black”]Kami mengharapkan semua pelajar dapat menerima hasil keputusan perjumpaan ini dengan hati yang terbuka dan terus berdoa untuk keamanan Mesir dan ahlinya. Segala informasi dan maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui media rasmi PERUBATAN. Sekian, terima kasih.[/stextbox]

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :