LOGO_coloured_transparent-150x150

 

 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Bersempena cuti musim panas pada tahun ini, kami di Majlis Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) yang terdiri daripada Pengerusi, saudara Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd A’sri dan Timbalan Pengerusi , saudari Nur Amalina binti Mohd Shukri, tiada di Mesir bagi menjalankan tugas kami seperti biasa.

 Oleh yang demikian, berikut adalah maklumat keberadaan kami di Malaysia sekiranya ahli perlu untuk berurusan dengan pihak kami.

 

peng

Bagi ahli PCI yang berada di Mesir dan perlu berurusan terus atau segera dengan pihak kami, para ahli boleh menghubungi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) yang telah diamanahkan untuk memangku tugas kami sepanjang tempoh di atas.

Berikut adalah maklumat pemangku-pemangku kami:

 

ganti

 

Tambahan lagi, lantaran keadaan semasa Mesir yang tidak stabil sejak dua bulan ini menjadikan isu keselamatan merupakan antara fokus utama PCI. Oleh itu, sebarang masalah dan kes keselamatan perlulah dimaklumkan kepada pemangku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi sesegera mungkin. Untuk makluman semua, isu keselamatan di Iskandariah ini akan diambil perhatian yang sewajarnya oleh pimpinan PCI dengan kerjasama Pejabat MARA Mesir.

Diharapkan agar seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah dapat memanfaatkan musim cuti panas ini sebaiknya, lebih-lebih lagi dalam fasa akhir bulan Ramadhan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT 1001 nikmat dan kelebihan yang tiada tolok bandingnya.

Ayuh sama-sama kita berusaha menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan terbaik yang mampu kita usahakan. Mana mungkin sesiapa di antara kita yang pasti bahawa mereka akan bertemu dengan Ramadhan akan datang ataupun tidak.

InshaAllah pastinya masih belum terlambat untuk kita sama-sama memperbaiki kesalahan atau kesilapan kita pada sesama hambaNya, apatah lagi dosa dan maksiat kita kepada Sang Pencipta, Allah SWT.

 Panjatkan dan perhebatkanlah  doa buat diri, seisi keluarga dan seluruh umat Islam agar kita semua mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaanNya di dunia dan akhirat.

Ramadhan Kareem!

 

 

At-Taqwa, As-Syifa’, Ar- Rahmah
Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati.

 

Yang menjalankan amanah,

Pengerusi Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd Asri

Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd A’sri
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 13/14

 

Timbalan Pengerusi Nur Amalina bt Mohd Shukri

Nur Amalina binti Mohd Shukri
Timbalan Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 13/14

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :