3) Kekurangan Kemudahan di Muwassa
Prof Dr. Ashraf menegaskan bahawa masalah ini akan diatasi apabila bangunan baru di Muwassa siap dalam jangkaan hujung tahun ini. Bangunan tesebut akan menyediakan perpustakaan, kafe, ruang solat serta lebih banyak makmal untuk kegunaan pelajar.
4) Masalah Akademik.
Kebanyakan dari permasalahan akademik bermula dari staff Universiti yang bertugas seperti pengurusan makmal, muzium Patologi serta ‘e-learning’. Dr. Fathy Al Sewy mencadangkan agar perjumpaan bersama wakil pelajar diadakan secara berkala bagi membincangkan masalah yang bangkit bagi setiap tahun. Cadangan ini disambut baik oleh semua terutama sekali Biro Akademik PCI.
5) Yuran bagi Pelajar yang Mengulang.
Dr. Fathy menegaskan bahawa yuran pada masa ini iaitu sebanyak USD 2000 bagi satu modul (maksimum hingga 8000 USD) tidak akan dikurangkan dalam tempoh ini kerana yuran ini telah pun dikurangkan daripada tahun-tahun sebelum ini. Begitu juga dengan yuran USD 100 bagi setiap modul untuk peperiksaan musim panas.
Sebelum perjumpaan tersebut berakhir, Dr. Fathy sempat meluahkan perasaan kecewa beliau atas masalah ponteng mahasiswa/wi Malaysia yang semakin kronik dari hari ke hari. Buat masa ini Universiti masih berlembut dalam menyelesaikan perkara ini. Namun, jika perkara ini berlarutan Universiti akan bersikap lebih tegas dalam mengimplementasikan peraturan: tidak cukup 75%, dilarang mengambil peperiksaan.
Wakil mahasiswa Tahun 3, Aizudin Mokfi serta Naufal Nordeen telah menyerahkan petisyen yang telah ditandatangani oleh 250 orang pelajar Tahun 3 kepada pihak Universiti. Biro Akademik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam perbincangan ini. Diharap agar perbincangan sebegini dapat memberi kepuasan kepada semua pihak disamping menyelesaikan permasalahan yang timbul. Memegang kata-kata Dr Hala Maklad, Pengarah Eksekutif IUMP: We always try our best when it comes to Malaysian students.
[stextbox id=”info”]
Pihak yang hadir dalam perjumpaan tersebut:
Dekan, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah ; Prof. Dr. Mohammad Ashraf Saad Ghalal
Timbalan Dekan ; Prof. Dr. Fathy Al Sewy
Pengarah IUMP ; Prof. Dr. Hala Maklad
Pegawai Pengurusan Visa ; Madam Sana’
Atase Pendidikan, EME ; Mr. Khairy Jalaludin
Pengarah MARA Timur Tengah ; Mr. Ahmad Sofi bin Abdullah
Wakil EME ; Mr. Faisal Sabhon
Pengerusi PCI ; Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd ‘Asri
Timbalan Pengerusi PCI ; Nur Amalina binti Mohd. Shukri
Timbalan Ketua Biro Akademik, PCI ; Nur Amalina binti Allaudeen
Ketua Pelajar Tahun 3 ; Muhammad Aizudin bin Mokfi
Wakil Pelajar Tahun 3 ; Ahmad Naufal Nordeen
[/stextbox]