Convention Centre, Azarita  6 Jun 2013Convention Centre dipenuhi dengan warna- warni kemeriahan  International Day. Ibarat hari raya kunjung tiba, si cantik manis melayu cantik berbaju kurung serta jejaka lengkap berbaju melayu.

 Seawal jam 9.00 pagi , gerai pameran telah dibuka antaranya gerai “PERUBATAN For Peace And Care (PEACE)” , gerai mahasiwa Nigeria dengan membawa tema ‘A Land of Art and Vibrant Culture’, gerai “PERUBATAN Frontliner PROF” yang menyediakan pelbagai maklumat pengenalan Malaysia. Umpama berada di tanah air apabila ke gerai Biro Ekonomi PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang telah menyajikan pelbagai juadah tradisi melayu. Pelbagai juadah nusantara melayu serta makanan tradisi warga Nigeria dan Arab Saudi telah menarik perhatian Prof. Dr Asyraf Saad Galal dan rombongan ke tempat pameran.

Langkah bak kesatria gemilang tanah melayu oleh para pesilat Iskandariah telah memukau mata setiap dari yang hadir pada sesi perasmian International Day kali ini.

601922_10151481187703741_639868287_n

Senyuman gembira serta tepukan gemuruh silih berganti daripada seluruh hadirin seisi dewan, apabila acara dewan yang dinantikan kunjung tiba. Jika tahun-tahun lepas mahasiswa/wi Malaysia di Iskandariah berdikir barat, tetapi tahun ini mereka membawa  kelainan dengan lakonan serta tarian-tarian zapin, taici serta tarian yang mewakili kaum india di  Malaysia yang bertemakan ‘Malaysian is truly Asian’. ‘The End IS Inside’ antara lakonan penuh emosi daripada wakil mahasiswa/wi Nigeria telah memukau seisi dewan.

Sesi anugerah penghargaan kepada pelajar terbaik dalam akademik dan juga sukan turut memeriahkan suasana International Day kali ini. Acara dewan berakhir dengan persembahan dari kumpulan IHYA’ dan nyayian bersemangat kesatuan dari seisi dewan lagu tema program International Day.

“Ia sangat menarik, boleh interaksi dengan masyarakat berlainan negara dan mengetahui budaya mereka, paling menyeronokkan adalah persembahan dari rakan-rakan” kata saudari Bahiyah Jabar mahasiswi perubatan tahun 3, yang mengikuti program International Day dari seawall pagi.

984055_10151481196928741_1985657623_n

Memetik kata-kata pengarah program International Day kali ini, saudara Amirul Muttaqin bin Syam “Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. pameran pada saya sangat hebat walaupun punya sedikit kekurangan yang perlu ditambahbaik, manakala persembahan pula mendapat feedback yg luar biasa daripada mereka yang hadir. ‘ala kulli hal Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang hadir menceriakan program International Day yang lepas. Saya mewakili AJK pelaksana program minta maaf atas kekurangan sepanjang program berlangsung”.

‘ONE WORLD, ONE FAMILY’ telah dicapai dengan penganjuran program International Day kali ini. Kami warga krew media PERUBATAN Iskandariah berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 397409_10151481198543741_1344413997_n

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :