LOGO_coloured_transparent 

بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya, kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati nikmat iman dan islam dalam kehidupan seharian kita.

Tanpa kita sedari, kini kita juga telah menghampiri penghujung semester kedua dalam sesi akademik 2013/14 yang bermula sekitar bulan April yang lalu. Sudah semestinya, cuti musim panas yang akan bermula selepas peperiksaan akhir semester ini dinanti-nantikan oleh semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI). Kebanyakkan daripada kita sudah pun merancang perjalanan pulang ke Malaysia. Adapun juga yang berhajat untuk menunaikan umrah, ke destinasi-destinasi idaman yang ingin dilawati, dan ada juga yang sudah merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang pada cuti kali ini.

 

Justeru itu, kami di pihak Jabatan Setiausaha PCI ingin menjalankan satu bancian pergerakan mahasiswa/i  Iskandariah sepanjang cuti musim panas ini. Bancian ini sangat penting untuk memudahkan pihak PCI menghubungi ahli jika berlaku hal-hal kecemasan sepanjang musim percutian akan datang.

 

In sha Allah bancian ini akan digerakkan oleh setiausaha setiap batch bagi memudahkan dan melicinkan urusan bancian melalui link berikut:

 

1) Jika anda bercuti di DALAM Mesir

2) Jika anda bercuti di LUAR Mesir

 

Kami berharap, semua pihak boleh memberi kerjasama yang baik demi kebaikan dan keselamatan bersama. Akhir kata, kami mengucapkan selamat maju jaya dan moga sukses dalam peperiksaan akhir semester nanti. Barakallahu fi kum.

 

Sekian, Terima kasih.

lmuwanBerbakti, TeguhSehati”
“At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”

Setiausaha Raja Shahrizad bin Raja Abdul Rashid

 

 

 

 


 

Raja Shahrizad Raja Rashid

Ketua Jabatan Setiausaha

PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 13/14

 

 

 

 

 

 

 

 

Nur Shaquerin bt  Sahuddin

Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 13/14

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :